Home / Berita Terkini / Kecewa Hubungan Putus, Lelaki Nek4d Tuntut RM40k Kos ‘Dating’ D4ri Bekas Kekasih
kecewa-hubungan-putus,-lelaki-nek4d-tuntut-rm40k-kos-‘dating’-d4ri-bekas-kekasih

Kecewa Hubungan Putus, Lelaki Nek4d Tuntut RM40k Kos ‘Dating’ D4ri Bekas Kekasih

Lelaki tular tuntut ganti rugi hampir RM40K daripada bekas kekasih selepas hubungan putus, ia termasuk ganti rugi bagi dua botol air mineral yang dibelinya.

Seorang lelaki di Shanghai dilaporkan telah menuntut ganti rugi daripada bekas kekasihnya bagi semua perbelanjaan yang ditanggung olehnya semasa mereka bercinta.

Memetik laporan Oddity Central, perkara itu menjadi tular di negara tersebut selepas senarai perbelanjaan yang dituntut oleh lelaki berkenaan dimuat naik di media sosial.

Senarai itu terdiri daripada ratusan barangan yang lengkap dengan tarikh dan waktu semasa ia dibelanjakan.

Lebih mengejutkan, senarai itu termasuk perbelanjaan yang remeh seperti dua botol air mineral.

Senarai itu juga turut memperincikan sama ada setiap perbelanjaan itu dikongsi atau wanita itu adalah satu-satunya penerimanya.

Malah, dia juga menuntut bayaran 36.1 yuan yang digunakannya untuk membeli makanan ringan dan memberikan semua baki kepada wanita itu.

Dalam kes ini, dia meminta agar bekas teman wanitanya membayar semula dengan jumlah yang penuh.

Tidak cuma itu, lelaki tersebut juga turut menyenaraikan perbelanjaan yang ditanggungnya dan keluarganya ketika ibu bekas kekasihnya itu dimasukkan ke hospital.

Ibu bekas kekasihnya kemudian meninggal dunia. Lelaki itu dan ibu bapanya turut dilaporkan membantu menanggung kos pengebumian bekas kekasihnya itu.

Gambar Via Oddity Central

Secara keseluruhannya lelaki itu mendakwa bahawa dia telah membelanjakan lebih 72,000 yuan semasa mereka bercinta.

Bagaimanapun, dia meminta agar bekas kekasihnya membayar sebanyak $8,954 (RM39,415).

Tidak dapat dipastikan sama ada bekas kekasihnya bersetuju untuk membayar ‘pampasan’ tersebut atau tidak.

Sementara itu, tindakan lelaki itu telah mendapat pelbagai respon dari netizen. Rata-rata daripada mereka mengecam tindakannya dan menyatakan bahawa dia lelaki yang licik.

Ada juga yang menjadikannya sebagai penanda aras dan turut membuat senarai perbelanjaan semasa bercinta sebagai ‘senjata rahsia’ yang akan digunakan ketika berlaku sebarang konflik.

Sumber: Oddity Central

Advertisement

About Cucu

Check Also

“pesara-pemurah”-tersedek4h-22-kali-pada-peg4wai-poiis-paisu

“Pesara Pemurah” Tersedek4h 22 kali pada peg4wai poIis paIsu

JOHOR BAHRU – Wang simpanan seorang pesa.ra swasta berjumlah lebih RM650,000 ‘hanguss’ setelah diperda.ya sindiket …

Leave a Reply

Your email address will not be published.