Baru-baru ini, pasangan selebriti yang popular iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sedang bercuti di Kota London bersama beberapa rakan bisnes yang lain untuk membincangkan tentang perniagaan mereka bersama.
Tetapi apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah apabila mereka telah meluangkan masa untuk berkunjung ke salah satu restoran terkenal yang mesti dikunjungi jika berkunjung ke Kota London milik Salt Bae.
Setelah merasai sendiri keenakan dan kelainan steak yang dihidangkan oleh Salt Bae, masing- masing telah berpuas hati dan apa yang menarik perhatian ramai apabila harga yang telah dikenakan untuk makanan itu boleh dimakan selama setahun.
Setelah mendapat bil, rupa-rupanya semua makanan yang dimakan itu berjumlah hampir Sepuluh ribu ringgit malaysia dan tidak hairan la harga begitu mahal kerana Salt Bae sendiri yang memasakkan untuk mereka semua.
Video:
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tergelak setelah melihat reaksi Aeril yang sedikit muram setelah menghabiskan sejumlah duit yang banyak hanya untuk makan steak.
Komen Netizen:
Sumber : Instagram aeril_zafrel