Home / Media Maya / “Isteri pertama memang sempoi”.Suami kahwin baru,isteri tua join bersanding sekali
“isteri-pertama-memang-sempoi”.suami-kahwin-baru,isteri-tua-join-bersanding-sekali

“Isteri pertama memang sempoi”.Suami kahwin baru,isteri tua join bersanding sekali

Melangkah ke gerbang perkahwinan sudah pasti menjadi momen paling bahagia dalam diri seseorang. Setelah sekian lama menjalin kasih, dua hati akhirnya bersatu dalam ikatan suci ini.

Maka tak hairanlah kebanyakan pasangan ingin mempercepatkan perkahwinan dengan pasangan pilihan masing-masing. Bak kata orang tua-tua, kahwin ni pembawa rezeki, jadi tak el0k dilambat-lambatkan. Begitu juga dengan pasangan ini.

Kalau selalu kita dengar ungkapan bagai pinang dibelah dua atau merpati dua sejoli yang sangat sinonim dengan hari bahagia. Tapi siapa sangka, ikatan perkahwinan ini tak hanya melengkapkan kasih antara pasangan, malah turut menyatukan hati tiga insan.

Kisah pengantin lelaki dari Sarawak ini sempat tular di laman sosial setelah jurufoto mereka melalui akaun Facebook Mohamad Muhidin memuatnaik gambar lelaki berkenaan bersama dua isteri di hari bahagianya. Hantaran Mohamad Muhidin ini telah dikongsi sebanyak 2.8k kali di Facebook dan turut mendapat balasan dari isteri kedua yang merupakan pengantin perempuan di majlis tersebut.

“BismiIIahirrahmannirrahim, alhamduliIIah. Doakan semoga kami bahagia kekal hingga ke jannah. Naik pelamin dengan akak madu Mazlinah Tahaau.Semoga kita bahagia bersama suami tercinta Jafarrudin Morni,” tulis pemilik akaun Facebook Sieytha Rieytha, juga isteri kedua kepada jejaka tersebut.

Isteri pertama, Mazlinah Tahaau ketika dihubungi berkata, mereka bukanlah bernikah serentak. Dia hanya turut serta dalam sesi penggambaran suami bersama madunya sebagai tanda kenang-kenangan. Tambah wanita berkenaan, majlis tersebut dijalankan pada 2 Disember lalu di Majma Mall Kuching, Sarawak.

Di ruangan komen, warga net tak pvtus-putvs mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat ketiga-tiga individu ini. Semoga berbahagia hingga ke jannah!

Sumber : fb / sk

About Cucu

Check Also

“pesara-pemurah”-tersedek4h-22-kali-pada-peg4wai-poiis-paisu

“Pesara Pemurah” Tersedek4h 22 kali pada peg4wai poIis paIsu

JOHOR BAHRU – Wang simpanan seorang pesa.ra swasta berjumlah lebih RM650,000 ‘hanguss’ setelah diperda.ya sindiket …

Leave a Reply

Your email address will not be published.