Home / Media Maya / Hidayah itu Milik Allah SWT, Dahulu beliau mewah dengan aktiviti haram namun tiada ketenangan dalam kehidupan, namun sebaliknya yang berlaku selepas dia memeluk Islam… Alhamdulillah, Allahuakbar.
hidayah-itu-milik-allah-swt,-dahulu-beliau-mewah-dengan-aktiviti-haram-namun-tiada-ketenangan-dalam-kehidupan,-namun-sebaliknya-yang-berlaku-selepas-dia-memeluk-islam…-alhamdulillah,-allahuakbar.

Hidayah itu Milik Allah SWT, Dahulu beliau mewah dengan aktiviti haram namun tiada ketenangan dalam kehidupan, namun sebaliknya yang berlaku selepas dia memeluk Islam… Alhamdulillah, Allahuakbar.

‘Jiwa tenang selepas memeluk Islam’ itu luahan Tian Chuan selepas beliau mengucap dua kalimah syahadah. Walaupun kehidupan beliau mewah sebelum ini dengan menjalankan aktiviti h4ram, namun ianya tidak menjamin ketenangan jiwanya sebagai makhluk Allah SWT sepertimana yang dikongsikan melalui laman berita Sinar harian pada bulan November yang lalu.

KOTA BHARU – Memiliki kehidupan yang mewah hasil ‘r0mp4kan’ terhadap hak orang lain tidak pernah menjadikan jiwanya ten4ng sehinggalah dia menerima hidayah untuk memeluk agama Islam.

Lee Tian Chuan, 44, yang berasal dari Kota Bharu berkata, dahulunya dia terlibat dalam pelbagai perniagaan h4ram antaranya penjualan cakera padat (CD) cet4k romp4k, rok0k dan minuman k3ras yang di selud0p dari negara jiran.

Dia berkata, ketika itu harta benda dan wang ringgitnya melimpah-ruah serta melalui kehidupan yang senang-lenang dengan mencvri hasil titik peluh orang lain.

“Masa tu saya banyak duit, selalu minum dan mabvk-mabvk. Malam minvm, selepas itu mabvk. Esok bangun minum lagi dan m4buk lagi.

Tian Chuan (kanan) bersama rakannya belajar mengaji al-Quran dengan Pengasas BeDaie, Muhammad Amar Mirza Abd Kadir Jailani (dua, kiri) dan Pengerusi Macma Kelantan, Dr Johari Yap (kiri). – FOTO SINAR HARIAN

“Setiap hari ulang benda sama macam tidak berkesudahan,” katanya ketika ditemui di Pejabat Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) Kelantan di sini pada Isnin.

Tian Chuan sebelum itu menyertai Program Pengajian Islam Digital BeDaie yang turut dihadiri Pengasas BeDaie, Muhammad Amar Mirza Abd Kadir Jailani dan Pengerusi Macma Kelantan, Dr Johari Yap.

Kata lelaki bert4tu di bahagian kiri lehernya itu, ibu bapanya sudah meningg4l duni4 dan ketika itu dia hidup bersendirian di sebuah rumah yang terletak berhadapan dengan sebuah surau di Kampung Wakaf Stan menyebabkan dia dapat mendengar laungan azan setiap kali masuk waktu solat fardu.

“Saya selalu tengok orang Islam sembahyang, teratur dan mengikut waktu.

Kehidupan mereka bahagia walaupun bersederhana berbanding saya yang banyak duit tetapi hati saya sunyi dan jiwa saya tidak tent3ram.

“Saya ambil masa dua tahun membaca dan mengkaji tentang Islam di internet, akhirnya Alhamdulillah saya membuat keputusan untuk mengucapkan dua kalimah syahadah pada 6 Disember 2013,” katanya.

Menurutnya, sejak itu, bermulalah kembara hidupnya sebagai seorang muslim yang mula perlahan-lahan belajar mengaji al-Quran, sembahyang serta meninggalkan kegiatan dan perniagaan h4ram.

Tian Chuan mengekalkan nama asalnya dan bertemu jodoh dengan wanita pilihan hati, Nur Fazilah Hamzah, 31, pada tahun 2020 serta kini dikurniakan seorang cahaya mata yang berusia dua bulan.


Tian Chuan (kiri) menunjukkan t4tu yang dicacah di bahagian kiri lehernya kepada Pengasas BeDaie, Muhammad Amar Mirza Abd Kadir Jailani.
“Sekarang, saya ada keluarga dan berniaga susu yorgurt untuk menyara kehidupan kami, walaupun tidak semewah dulu tetapi saya berasa tenang selain tidak putus-putus menerima rezeki yang halal,” katanya.

Mengulas mengenai t4tu di lehernya itu, dia berkata, t4tu bercorak seni itu dibuat semasa belum memeluk agama Islam dan dia sudah merujuk para ilmuan bahawa hukumnya tidak perlu dibuang kiranya menyebabkan mud4rat.

Semoga kehidupan anda dirahmati oleh Allah SWT dan bersyukur di atas kurniaan hidayah daripada-Nya. Insyalaah kehidupan anda akan lebih bermakna dan lebih bahagia walau tidak semewah seperti dahulu.

Sumber: Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak admin https://newspush24.com/ tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Advertisement

About Cucu

Check Also

“pesara-pemurah”-tersedek4h-22-kali-pada-peg4wai-poiis-paisu

“Pesara Pemurah” Tersedek4h 22 kali pada peg4wai poIis paIsu

JOHOR BAHRU – Wang simpanan seorang pesa.ra swasta berjumlah lebih RM650,000 ‘hanguss’ setelah diperda.ya sindiket …

Leave a Reply

Your email address will not be published.