Home / Masakan / Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh
Jom tengok resepinya.
A. RESEPI KUAH SUP
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan
– 3 sekawan
– sebatang serai yang diketuk
– 1/2 biji bawang besar kuning
Diikuti bahan kisar;
– 1 biji bawang merah
– 1 ulas bawang putih.
Kemudian, masukkan 3 sudu rempah sup Baba’s. Cikgu suka guna rempah ini. Lagi kick!
Tumis sehingga garing.
2. Masukkan secawan air terlebih dahulu. Kacau bahan tumis dan air menjadi sebati.
3. Kemudian, masukkan beberapa ketul ayam.
Seeloknya campurkan bahagian ayam yang bertulang dan isi dada.
Biarkan seketika.
4. Barulah masukkan air sebanyak 1 jag besar atau ikut banyak mana kuantiti kuah yang diperlukan.
5. Selepas kuah sup mula mendidih, masukkan 1 kiub ayam Knorr dan garam secukup rasa. Guna api perlahan sahaja.
6. Nak masukkan bebola daging pun boleh.
Tutup api selepas kuah mendidih beberapa kali.
Siap untuk kuah soto yang super sedap!
B. ISI AYAM CARIK
1. Keluarkan ayam. Tinggalkan bahagian ayam yang bertulang sahaja.
2. Ayam yang dikeluarkan tadi bolehlah digoreng seketika. Carikkan.
C. RESEPI BIHUN KUNING
1. Celur je bihun macam biasa.
2. Dalam air tu, masukkan serbuk kunyit supaya warna bihun berubah menjadi kuning.
3. Tutup api selepas bihun melembut. Toskan. Lalukan dekat air paip seketika. Toskan.
RESEPI IBU SAMBAL KICAP AWESOME
1. Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 5 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk warna yang cantik.
5. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa . Tambahkan juga secubit garam jika perlu.
6. Kisar sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
Cara hidangan ada cikgu selit dekat gambar beserta tips sayur yang rangup.
Nak resepi lengkap soto, bihun sup, begedil dan lain-lain boleh tengok dekat wall cikgu okay.
Selamat mencuba.
Semoga makin ramai kawan MAHN suka resepi cikgu.
Kredit : resepicikguafy

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Sup Daging

Resepi Bihun sup daging (cara saya) -Daging 1kg(saya rebus dulu bg lembut lepastu ambik air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *