Home / Masakan / Resepi Bihun Goreng

Resepi Bihun Goreng

Resepi Bihun Goreng
Bahan-bahan (4-6 hidangan):
1 bungkus (350-400 g) bihun, 3 biji telur (A)/ 4 biji telur (E), 2 biji bawang besar*, 6 ulas bawang putih*, 15-20 tangkai cili kering (buang biji)*, 2-3 sdb ikan bilis*, 2 keping dada ayam (potong kecil), ½-1 cawan air, 1 sdb sos tiram, 2 sdb kicap lemak manis, 3 sdb sos cili, 2 pokok sawi, hirisan cili merah & daun bawang
Cara Penyediaan:
– Rendam bihun dengan air paip sementara menyediakan bahan-bahan yang lain.
– Panaskan sedikit minyak masak. Goreng telur dadar yang nipis & hiriskannya.
– Kisar bahan-bahan yang bertanda *.
– Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit gula & garam.
– Masukkan isi ayam. Biarkan sehingga masak.
– Masukkan air, sos tiram, kicap lemak manis, sos cili & bihun yang telah ditoskan. Masak sehingga bihun lembut & kering (Masukkan air sedikit demi sedikit. Jangan panik jika nampak bihun berkuah. Teruskan masak dengan api besar sehingga cecair kering ).
– Masukkan sayur sawi. Kacau rata.
– Tutupkan api. Masukkan hirisan telur dadar. Kacau rata.
– Taburkan dengan hirisan cili merah & daun bawang.
#shikinsaerahrecipe

kredit : Shikinsaerah

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *