Home / Berita Terkini / Kesedaran Rendah | Malaysia dikategorikan negara tidak sihat

Kesedaran Rendah | Malaysia dikategorikan negara tidak sihat

PETALING JAYA – Kesedaran mengenai aspek kesihatan yang masih rendah dalam kalangan rakyat menjadikan Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara yang tidak sihat.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berdasarkan statistik yang menunjukkan Malaysia antara negara tertinggi dalam beberapa masalah kesihatan termasuk penyakit jantung.

“Kadar kematian yang tinggi di negara ini akibat Covid-19 banyak berkait rapat dengan mereka yang merupakan penghidap penyakit kronik. Bayangkan di Malaysia, satu daripada dua rakyat obesiti termasuk saya manakala satu daripada empat rakyat Malaysia tidak mengamalkan kecergasan.

“Selain itu, satu daripada 20 rakyat tidak makan mengikut nutrisi yang betul di samping setengah juta orang dewasa mengalami kemurungan. Saya percaya angka ini sebenarnya masih rendah daripada realitinya,” katanya ketika menjadi tetamu dalam sebuah rancangan televisyen hari ini.

Beliau turut memberitahu, perubahan tingkah laku sangat penting dalam melahirkan negara dan rakyat yang sihat tanpa mengharapkan kerajaan semata-mata.

“Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19 dalam kalangan rakyat negara ini sudah cukup mengambarkan tahap kesedaran yang masih rendah.

“Berdasarkan tinjauan, 95 peratus rakyat memberitahu akan mengikut SOP yang ditetapkan namun masih ada yang meletakkan pelitup muka di bawah dagu. Sebab itu saya katakan untuk kita beralih, perkara ini sangat penting.

“Justeru, kita perlu laksanakan apa yang disebut sebagai perubahan tingkah laku. Jika hendak mengharapkan Kementerian Kesihatan di lapangan dan bertindak, kita tidak cukup tangan. Kita boleh lihat negara maju seperti Jepun yang berjaya menguruskan pandemik menerusi tingkah laku tanpa perlu mengeluarkan kompaun,” jelasnya. – K! ONLINE

PERHATIAN: Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *