Home / Berita Terkini / Lelaki yang baling batu kearah kenderaan direman empat hari
lelaki-baling-batu-pada-kenderaan-direman-empat-hari

Lelaki yang baling batu kearah kenderaan direman empat hari

JITRA – Seorang lelaki yang disyaki melakukan perbuatan khianat membaling batu pada kenderaan di jejambat Kilometer 32.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini pada Ahad lalu direman selama empat hari bermula hari ini.

Suspek berusia 34 tahun direman sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Jitra, Sri Pracha Nanthini Balabedha.

Kosmo! Online semalam melaporkan perbuatan khianat seorang lelaki dengan membaling batu ke arah kenderaan yang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan di sini berakhir apabila dia ditahan di jejambat Bandar Darulaman di sini hari ini.

Suspek ditahan ketika dia dipercayai mahu mengulangi perbuatan sama di lokasi tersebut kira-kira pukul 1.45 tengah hari semalam. – Sumber K! ONLINE

PERHATIAN: Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *