Home / Usahawan / Dari semak samun kini menjadi taman hijau,jiran sepakat berkebun

Dari semak samun kini menjadi taman hijau,jiran sepakat berkebun

Garden ~ Kebun Kejiranan di Taman Perwira, Gombak Setia. Usaha padu keluarga merealisasi lorong belakang yang satu ketika dahulu terbiar dan tidak diberi perhatian kepada sebuah kebun taman yang bukan sahaja indah dan cantik tetapi memberi hasil pada penghuni2nya.

Kami juga mempraktikkan gayahidup hijau dengan sistem pengumpulan air hujan (SPAH), mengitar semula sisa makanan dan kebun untuk dijadikan kompos dan baja dan mengitar semula 3R (plastik, tin dan kertas). Lampu2 di Garden juga menggunakan tenaga solar yang menyerikan kebun taman diwaktu malam.

Garden adalah tempat kami mengukuhkan ukhwah sesama jiran tetangga, menjadi tempat mengeluarkan peluh dengan aktiviti berkebun, untuk anak2 dan cucu2 kami belajar mengenai sayur2an dan herba kerana semua pokok2 dilabel dan tarikan utama adalah tiang tunjuk arah bandar2 utama didunia dan nama lama bandar2 tersebut.

Juga terdapat sebuah orang2an (scarecrow) buat anak2 yang jarang2 dapat melihat orang2an secara dekat dan weather station utk melihat suhu semasa dan aras air hujan.

Harapan kami agar Garden dapat memberi inspirasi pada sesiapa sahaja untuk membangunkan kebun kejiranan di kawasan rumah masing2.

Untuk yg ingin berkunjung ke Garden, kami mengalu2kan kedatangan anda.

Jiran sepakat membawa berkat

Kredit : kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

Advertisement

About admin

Check Also

Dihimpit Kemiskinan Nenek Tidur Dalam Almari Di Tepi Jalan

SURABAYA: S3buah @lmar1 k@yu b3rukuran 75 s3ntimet3r (cm) t!nggi dan 100 cm p@njang m3njadi ‘rum@h’ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *