Home / Berita Terkini / “Harap dapat rujukl4h demi anak-anak” Aaron Aziz, Diyana Halik beri komen
“har4p-dap4t-rujukl4h-demi-anak-anak”-aaron-aziz,-diyana-halik-beri-komen

“Harap dapat rujukl4h demi anak-anak” Aaron Aziz, Diyana Halik beri komen

Malalui satu laporan akhbar Utusan, nama pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz tiba-tiba naik apabila dikaitkan sebagai antara punca penceraian di Malaysia.

Dari laporan itu, ditulis permainan video game PUBG, Tupperware dan Aaron Aziz antara sebab pasangan suami isteri berpisah. Memang terkejut bila baca kisah ini.

Akhirnya tuan punya badan pun beri respon.

Jelas bekas Bintang Paling Popular ini, dia memang sedih bila tahu ada suami isteri yang berpisah kerana dirinya.

“Ya tuhanku, saya baca dan rasa sangatlah sedih. Abang juga sama dengan suami lain yang inginkan rumah tangga yang happy. Saya harap mereka ni dapatlah rujuk semula demi anak-anak dan amanah.”

Aaron turut menulis beberapa hashtag seperti Jangan Kecam Abang dan Abang Tak Salah.

Selain Aaron, isterinya iaitu Diyana Halik turut memberi respon melalui satu instastory. Diyana pada mula terkejut kerana ternampak nama Aaron Aziz dan juga perkataan cerai, sampai dia beberapa kali membacanya.

“Saya sampaikan beberapa kali baca laporan itu. Kerana mulanya saya hanya nampak perkataan Aaron Aziz dan cerai. Jantung saya dah gugur. Dari tadi rasa mengantuk kini terus jadi segar.”

Diyana kemudian bercerita tentang kisah yang dia pernah tahu, tentang pasangan yang mengambil keputusan untuk akhiri perkahwinan mereka.

“Sebenarnya perkara yang dilaporkan tak mustahil pun, masa 18 tahun lepas, semasa kami pergi kursus perkahwinan, kaunselor ada cerita kisah benar yang terjadi.”

“Ada suami isteri yang dah kahwin lama kemudian bercerai sebab isu melibatkan hal remah iaitu berus gigi. Nampak macam mengarut tapi itu yang berlaku. Hal kecil tapi membuatkan keadaan jadi genting.”

Selain itu, ada beberapa peminat Aaron Aziz yang terkejut dengan tajuk portal Utusan itu dan sampai ada yang salah faham sebab ingatkan Aaron yang nak bercerai. Setelah baca barulah tahu, rupanya Aaron Aziz jadi punca kerana ada yang terlalu minat dengan pelakon berkenaan.

Sumber : FB

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *