Home / Masakan / Resepi wanpaku Sandwich Viral

Resepi wanpaku Sandwich Viral

Resepi Wanpaku Sandwich Viral
Senang & Healthy ikut cara diet orang jepun

Bahan-bahan:

Roti Gardenia Wholemeal hijau 2 keping
Salad 3 jenis
Kobis ungu
Tomato
Capsicum
Lobak merah
Timun jepun
Tuna in organic broth (ayam brand) mix olive oil, lada hitam, lada putih
Salad dressing 1 sudu

Langkah-langkah
1.Cara buat sama saja macam sandwich biasa cuma layer salad jadi tebal. Untuk kurangkan ketebalan, hiris sayuran nipis-nipis macam dalam gambar.

2.Ok dah siap susun satu per satu lapisan salad, protein dan salad lagi. Balut dulu dengan plastic wrapping lepas tu balut dengan parchment paper pulak. Dah siap balut kemas-kemas potong tengah.

Tips extra:

1. Jangan letak byk sos/mayo/dressing nanti muak dan roti jadi lembik.

2. Keringkan sayur-sayuran.

3. Hiris nipis-nipis kalau tak nak sandwich jadi tebal gila.

4. Lepas siap terus makan baru fresh. Simpan lama nanti roti jadi lembik.

Semoga bermanfaat untuk korang yang baru nak cuba buat Wanpaku Sandwich yang viral ini. Selamat mencuba!

Ingat, let it be healthiest possible ya

Kredit : Adiba

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *