Home / Masakan / Resepi Ayam Percik Pantai Timur

Resepi Ayam Percik Pantai Timur

AYAM PERCIK PANTAI TIMUR

Bahan-Bahan

1 ekor ayam – dipotong 4 bahagian
Bahan Perap
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
garam secukup rasa

Bahan kuah

10 ulas bawang merah*
2 senduk cili kisar
2 kotak santan pekat
1 batang serai*
1 inci halia*
2 batang serai diketuk
1 sudu kecil halba
garam secukupnya
gula secukupnya
1/4 keping asam keping – letak sekejap sahaja dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara-caranya
Kisar bahan perap tadi sehingga kemudian perap ayam pada bahan tersebut selama 30 minit.
Kemudian bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus @ rebus dahulu sebelum dibakar.

Sementara ayam dibakar siapkan kuah dengan cara kisar semua bertanda * tadi kemudian masak di dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masukkan serai diketuk,halba,santan dan asam keping.

Apabila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa.

Kemudian bila ayam sudah nampak garing lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika.

Untuk pastikan kuah meresap ke dalam daging ayam, terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.

Akhir sekali, bila ayam sudah nampak berwarna cantik bolehlah diangkat.

Kredit: hanna Yasmeen

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *