Home / Isu Semasa / IBU WARGA EMAS TABAH DIUJI EMPAT ORANG ANAK LUMPUH

IBU WARGA EMAS TABAH DIUJI EMPAT ORANG ANAK LUMPUH

KEMAMAN: Seorang warga emas berdepan ujian getir apabila empat daripada lapan orang anaknya diuji dengan penyakit saraf.

Ibu tunggal berusia 62 tahun itu reda dalam menguruskan anak-anaknya Mohd Amerizam, 42, Mohd Marsudi, 36, dan Mohd Aismuddin, 33, yang kesemuanya lumpuh seluruh badan.

Menurut Rosanani Salleh, anak sulungnya Rozanariah Razali, 43, turut ditimpa nasib yang sama selepas berkahwin dan dijaga oleh suami serta anak-anaknya.

Ketika ditemui Alhijrah Online di kediamannya di Kampung Teluk Kalung, Rosanani berkata dia tidak menyangka akan ditimpa nasib sedemikian memandangkan masing-masing diserang penyakit saraf itu ketika berusia 20-an dan 30-an.

Katanya walaupun harapan untuk anak-anaknya sembuh adalah tipis, namun dia sentiasa berdoa semoga mereka semua sekurang-kurangnya dapat menguruskan diri sendiri.

Rosanani Salleh

“Bila adik ni menangis malam-malam memang saya tak boleh tidur. Tak tahu apa puncanya, tapi kadang-kadang dia nak bangun atau duduk jadi kena angkat supaya dia boleh tidur,” katanya.

Tambahnya, sebelum itu arwah suami Rosanani, Razali Othman yang meninggal pada 2009 turut menghidap penyakit saraf semasa berusia 20-an.

Dengan pendapatan hanya sekitar RM1,000 sebagai penjual lemang, ia tidak mencukupi memandangkan pengurusan dan perubatan anak-anaknya memerlukan kos yang tinggi.

Meskipun keempat-empat orang anaknya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 seorang, namun jumlah tersebut tidak mencukupi kerana kos lampin pakai buang dan ubat-ubatan sahaja melebihi RM1,000.

“Setakat hasil jual lemang ni memang tak mencukupi sebab anak-anak pakai dan ubat-ubatannya sangat banyak. Jadi kalau ada yang sudi membantu akan sangat meringankan beban saya,” katanya.

Sementara itu Penaung Pertubuhan Kebajikan Khalifah Utama Gerak Kilat (PERKKUGK), Harun Ismail turut menyuarakan hasrat agar semua pihak turut membantu mana-mana asnaf yang kesempitan hidup seperti keluarga Rosanani ini.

Harun Ismail

“Saya menyeru NGO seluruh Malaysia, untuk kita bersama-sama membantu keluarga ini untuk meringankan beban Puan Rosanani,” katanya.

Bagi mereka yang ingin membantu boleh berbuat demikian dengan menyumbang ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Rosanani Salleh bernombor 1111-1298-4388-2434 atau menghubunginya di talian 010-3778843. –AlHijrah Online

kredit : TVALHIJRAH

Advertisement

About admin

Check Also

Dihimpit Kemiskinan Nenek Tidur Dalam Almari Di Tepi Jalan

SURABAYA: S3buah @lmar1 k@yu b3rukuran 75 s3ntimet3r (cm) t!nggi dan 100 cm p@njang m3njadi ‘rum@h’ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *