Home / Masakan / Resepi Puding Kastard Supermama

Resepi Puding Kastard Supermama

PUDING ROTI KASTARD SUPERMAMA

BAHAN-BAHAN

#Bahagian_A
Roti 8 keping
Badam Hiris (nak buh kismis pun boleh)

#Bahagian_B
3 cawan susu segar
2 biji telur
4 sudu gula
2 sudu mentega

#Bahagian_C (sos kastad)
1 tin susu cair
4 sudu gula
3/4 cawan air
2 sudu tepung kastad

CARA PENYEDIAAN

1. Roti dikoyak-koyak dan dimasukkan ke dalam loyang kemudian ketepikan.

2.Masukkan kesemua bahan bahagian B ke dalam periuk dan kacau hingga semua sebati, tidak perlu sehingga mendidih. Gunakan api kecil.

Apabila bahan bahan sudah sebati, curahkan keatas roti tadi dan taburkan badam hiris diatasnya.

3. Kemudian, masukkan ke dalam ketuhar dengan suhu 200 darjah celcius selama 45 minit.

4. Sementara puding roti masak, kita buat sos kastad pula. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk, masak dengan api yang kecil. Apabila semua bahan sudah sebati serta mendidih dan menjadi agak likat, tutup api.

Sendukkan puding roti yang telah masak kedalam pinggan dan curahkan sos kastad diatas puding roti tadi.

Selamat mencuba!

Kredit – YunkMardhiah

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *