Home / Masakan / Resepi Ikan Tenggiri Lada Hitam Stim

Resepi Ikan Tenggiri Lada Hitam Stim

 

IKAN TENGGIRI LADA HITAM STIM

Bahan-bahan:

2 ketul ikan tenggiri
2 batang serai di potong nipis-nipis
2-3 cm halia muda di potong kecil-kecil
3 ulas bawang putih dipotong
2 biji bawang merah dipotong bulat-bulat
Lada hitam di kisar kasar
Garam secukup rasa

Cara masak:

Ambil bekas kukus, letak dahulu sebahagian bahan ( bukan ikan ) dan selepas itu letakkan ikan atas bahan tadi. Taburkan sedikit garam secukup rasa dan tabur bahan-bahan selebihnya atas ikan dan apa lagi kukus la. Bahan-bahan tu ikut sedap rasa saja. Kalau 2 ketul ikan tak cukup, haaa masuk ja berapa ketul pun, tapi bahan-bahan lain kena tambah juga lah. Kukus dalam setengah jam dah boleh makan.

Kredit penulis resepi asal:
http://harrizam.blogspot.my/2011/12/masakan-dalam-pantang-ikan-stim-berlada.html

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *