Home / Masakan / Resepi Ikan Siakap Kukus Lada Hitam Dan Halia

Resepi Ikan Siakap Kukus Lada Hitam Dan Halia

IKAN SIAKAP KUKUS LADA HITAM & HALIA

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap (boleh dipotong dua untuk 2 kali makan)

2 inci halia (dipotong halus memanjang)

2 sudu lada hitam (tumbuk kasar)

1 biji bawang

Sedikit daun sup (optional)

2 sudu sos tiram

Sedikit minyak bijan

Sedikit garam

Cara-cara masak:

1- Basuh ikan dengan bersih
2- Lumur ikan dengan sedikit garam, dan lada hitam
3- Kukus sehingga masak

4- Di kuali lain, masukkan sedikit minyak zaitun & tumis bawang dan halia sehingga naik bau

5- Masukkan sos tiram, masak sehingga sebati dan masukkan minyak bijan

6- Apabila ikan dah masak, tuangkan kuah ke atas ikan tadi

Sedia untuk dimakan panas
Kredit : Resepi Sedap

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *