IKAN MASAK TAUCU
Ini salah satu hidangan yang boleh dimakan oleh ibu-ibu yang dalam pantang iaitu ikan masak taucu.
Ikan yang boleh digunakan seperti ikan tenggiri, gelama, plata dan tanya sendirilah kat orang-orang yang berpengalaman.
Cara buat lihat kat bawah.
– Panaskan minyak
– Goreng ikan (sebelum itu ikan digaul dengan garam kunyit)
– Selepas masak ikan tu letak sebelah
-Guna minyak ikan tu juga tapi kurangkan sikit ( orang dalam pantang tak boleh makan minyak banyak-banyak)
– Tumis bawang besar, bawang putih dan halia (halia masukkan lewat sikit ) yang telah dipotong.
– Masukkan taucu 2 sudu dan kacau
– Masukkan air asam jawa
– Masak hingga mendidih
– Rasa dulu sebelum masukkan garam sebab taucu sudah masin
– Masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
Siap untuk dihidangkan….
Kredit resepi asal:
http://harrizam.blogspot.my/2010/04/masakan-dalam-pantang-ikan-masak-taucu.html