IKAN HARUAN MASAK LADA HITAM
===
Bahan-bahan:
Ikan haruan – 1 ekor (dipotong dua)
Bawang besar – 1 biji (dihiris nipis)
Bawang putih – 2 ulas (diketuk)
Halia – 3 sm (dihiris nipis)
Lada hitam – 1 sb (ditumbuk kasar)
Garam – secukup rasa
Air
Cara Memasak:
Masukkan air ke dalam periuk dan campurkan bawang besar, bawang putih, halia dan lada hitam. Biarkan seketika sehingga mendidih.
Selepas itu masukkan ikan haruan dan biarkan ia mendidih lagi.
Masukkan pula garam secukup rasa, asam keping dan lada hitam yang telah ditumbuk.
Biarkan seketika. Apabila masak, ia sedia dihidangkan
Kredit : Resepi Sedap
Advertisement