Home / Masakan / Resepi Daging Masak Lada Hitam

Resepi Daging Masak Lada Hitam

DAGING MASAK LADA HITAM
===

Bahan-bahanya:

350 gram daging batang pinang (dipotong nipis dan direbus hingga empuk)

2 sudu kecil serbuk lada hitam

1 sudu kecil serbuk ketumbar

1 ulas bawang putih

2 inci halia

1/4 bawang besar ( dipotong bentuk ring)

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap manis

sedikit tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Cara-caranya:

1. Mula-mula cincang halus bawang putih dan halia ( kalau nak tumbuk lumat pun boleh) , panaskan minyak. Tumis bahan tadi hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan serbuk ketumbar, sos tiram, kicap serta daging yang telah direbus tadi. kacau sebati. sesuaikan rasa, masukkan garam. jika terlalu kering masukkan sedikit air.

3. Setelah semua sudah sebati masukkan bancuhan tepung jagung dan bawang besar, bila bawang besar sudah layu, tutup api dan buleh lah dihidangkan bersama nasi panas.

Kredit kepada penulis resepi asal:
http://jintanmanis.com/daging/194-dagingmasakladahitam

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *