Home / Masakan / Resepi Rendang Ayam Negeri Sembilan

Resepi Rendang Ayam Negeri Sembilan

RENDANG AYAM NEGERI SEMBILAN

Bahan:
Ayam 1 1/2 kg – potong kecil
1 sudu besar serbuk kunyit (atau dalam 4 inci kunyit hidup).
4 cawan santan pekat
2 helai daun kunyit
2 sudu besar kerisik – (goreng tanpa minyak sampai warna coklat tua dan kemudian ditumbuk atau diblender sehingga ia mengeluarkan minyak)
Perahan air asam jawa ( dalam 3 inci)
garam secukup rasa

Bahan dikisar:
20-40 biji cili padi (pedas ikut suka, lagi banyak cili lagi pedas)
1.5 inci halia
2 inci lengkuas
3-4 batang serai
12 ulas bawang merah – hiris
6 ulas bawang putih – hiris

Cara:

Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam kuali(kering) bersama campuran yang telah dikisar dan kunyit – panaskan api sederhana.
Biarkan semuanya mendidih dan segala air yang keluar dari rebusan ayam bercampur bahan kisar hampir menjadi kering dan kacau sekali sekala (inilah rahsianya kalau nak sedap)
Kemudian baru masukkan santan dan tunggu hingga ianya menggelegak. Kacau sekali sekala sambil masukkan garam sedikit (agak-agak)
Bila dah nampak kuahnya menjadi pekat sedikit masukkan air perahan asam jawa ( boleh juga gunakan 2 keping asam gelugor).
Bila ianya sudah pekat dan hampir kering baru masukkan kerisik tadi. Dan masak di atas api yang sederhana.
Selepas dalam 15 minit boleh la buat keputusan samada nak teruskan ia kering sampai naik minyak atau kalau nakkan rendang yang berkuah sedikit, boleh la perlahankan api.

Sila LIKE, tag rakan, SHARE dan VIRALkan supaya lebih ramai dapat mencuba.

Kalau nak SHARE, sila komen “SHARE” supaya page lebih aktif di News Feed anda. Terima kasih.
Kredit : Resepi Sedap

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *