Home / Masakan / Resepi Tomyam Putih Udang

Resepi Tomyam Putih Udang

TOMYAM PUTIH UDANG

Udang segar secukupnya – boleh tambah aneka bahan lain seperti sotong, lala, kepah dan sebagainya.
Isi ayam secukupnya
1 biji bawang besar – belah 4
1 biji tomato – belah 4
3-4 batang serai
5-6 helai daun limau purut
Aneka sayur kegemaran – cendawan, lobak merah, bunga kobis dan sebagainya
Jus limau nipis secukupnya
Sedikit susu cair
Daun ketumbar secukupnya
Akar ketumbar – dibersihkan
Garam dan perasa secukupnya
Air secukupnya

Bahan kisar :
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 ulas bawang putih

1. Masukkan air ke dlm periuk bersama dgn bahan kisar. Masukkan juga akar ketumbar.

2. Setelah air mendidih, masukkan serai, daun limau purut, ayam, udang dan lain-lain bahan mentah yg digemari. Masak lebih kurang 3 minit.

3. Seterusnya masukkan sayur2. Biarkan sayur lembut.

4. Kemudian masukkan susu cair diikuti perahan jus limau nipis, garam serta perasa. Kacau sebati dan padamkan api.

5. Tabur daun ketumbar. Sedia utk dinikmati.

Tips : jika ingin campur dgn sotong, celur sotong dlm periuk berlainan kemudian barulah dimasukkan ke dlm periuk tomyam. Ia bertujuan mengekalkan rasa manis udang dlm kuah tomyam.

Kredit resepi & foto : Zira Tag

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *