Home / Masakan / Resepi Chicken Chop Homemade

Resepi Chicken Chop Homemade

CHICKEN CHOP HOMEMADE

Paha ayam secukupnya – buang tulang
Telur
Serbuk roti secukupnya

1. Lapah paha ayam bagi mengeluarkan tulangnya. Kemudian cuci bersih dan toskan airnya.

2. Pukul telur dan celupkan isi ayam tadi.

3. Kemudian salutkan dgn serbuk roti hingga rata.

4. Panaskan minyak dan goreng ayam guna api sederhana hingga garing dan kekuningan. Pastikan tidak guna api besar kerana ayam akan hangus dan isinya tidak masak.

Bahan Sos Lada Hitam :
Bawang holland
Bawang putih
1 biji ubi kentang – rebus
2 sudu makan mentega
1 kiub pati ayam
Sos lada hitam secukupnya
1 sudu makan tepung gandum
Lada hitam kisar secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

1. Potong dadu halus bawang holand dan bawang putih. Jumlahnya ikut kesesuaian ayam. Jika buat banyak, lebihkan.

2. Masukkan sos lada hitam, ubi kentang, tepung gandum, lada hitam, garam, gula dan sedikit air, kisar sebati.

3. Cairkan mentega dan tumis bawang dadu tadi. Masak hingga wangi.

4. Kemudian masukkan bahan yang dikisar. Kacau sebati.

5. Tambahkan kiub pati ayam dan kacau lagi hingga sos berkilat. Rasa sos bagi memastikan ia cukup rasa.

6. Kepekatan sos boleh diubah ikut citarasa. Jika suka cair, tambahkan air.

7. Hidangkan bersama chicken chop dan coleslow.

Bahan Coleslaw :
Kubis – dibersihkan
Lobak merah – dibersihkan
Mayones
Sedikit gula
Sedikit air panas

1. Ambil kubis dan lobak merah. Cincang halus. Boleh juga dipotong dadu kecil.

2. Masukkan mayones, sedikit gula dan sedikit air panas. Gaul rata.

3. Simpan coleslaw di dlm peti sejuk seketika sebelun dinikmati.

Kredit resepi : SuiSan Aliezsha

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *