Home / Masakan / Resepi Ayam Kam Heong

Resepi Ayam Kam Heong

AYAM KAM HEONG

Bahan A :
1/2 ekor ayam (paha & isi dada) – cuci bersih & toskan
Garam
Serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya

Bahan B :
6 ulas bawang merah kecil @ 1 biji bwg merah besar – hiris halus
5 ulas bwg putih – ketuk/cincang kasar
1 sudu makan serbuk kari
Cili padi secukupnya
Sedikit udang kering – jika suka
Sedikit halia – ditumbuk lumat
Daun kari
Sos tiram
Kicap manis
Sedikit garam dan gula

1. Buang tulang ayam bahagian paha, hiris isinya jadi ketulan kecil.

2. Perap ayam bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.

3. Panaskan minyak dlm kuali dan goreng ayam separuh masak, ketepikan.

4. Untuk menyediakan sos, ambil 3-4 sudu makan minyak gorengan ayam dan masukkan dlm kuali.

5. Tumis bawang merah, bwg putih, cili padi, daun kari, halia dan udang kering sampai naik bau dan sedikit keperangan.

6. Masukkan serbuk kari dan sedikit sahaja air, kacau sebati.

7. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis. Nak tambah kicap pekat pun boleh.

8. Jika suka, boleh tambahkan 1 sudu makan sos cili. Kacau sebati. Kalau sos kering sangat, tambah 2-3 sudu makan air.

9. Seterusnya masukkan ayam yg telah digoreng tadi, kacau rata.

10. Rasa sos, jika kurang rasa baru tambahkan garam dan sedikit gula

11. Kacau sekata sehingga ayam cukup masak dan sempurna rasa masin, manis dan pedas.

12. Angkat dan sedia utk dinikmati.

Kredit  : Dani Shoppe’s

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *