Home / Masakan / Resepi Mee Goreng Salura

Resepi Mee Goreng Salura

MEE GORENG SALURA

Bahan-bahan

500 gm mee kuning
500 gm sayur sawi
2 biji tomato dipotong 6
3 biji limau kasturi diambil jus
200 gm udang
200 gm daging
fish cake ikut suka
3 sudu makan tomato sos
1 sudu makan kicap
1 sudu makan gula, 1/2 sudu teh garam
bahan2 utk di kisar:-
20 biji cili kering
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu kecil udang kering
Cara-cara

Cara2nya:-

1. Kisar kesemua bahan2 tadi, kemudian panaskan minyak dan tumis sehingga naik minyak.

2. Masukkan kicap, gula, garam, tomato sos kemudian digaul rata dan masukkan jus limau kasturi.

3. Kemudian masukkan udang, daging dan digaul hingga daging lembut.

4. Bila daging dah lembut masukkan mee, tomata biji dan daun sawi kemudian digaul rata dan selepas tu boleh lah dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!!!

Kredit : Resepi Sedap

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *