Home / Usahawan / Jumpa Emas Belakang Rumah: Boleh Gali Tapi Tidak Boleh Ambil – Presiden Geologi Malaysia – Rentas Asia

Jumpa Emas Belakang Rumah: Boleh Gali Tapi Tidak Boleh Ambil – Presiden Geologi Malaysia – Rentas Asia

Boleh gαli tetapi tidak boleh ambil. Itu kata Presiden Institut Geologi Malaysia Datuk Yunus Abd Razak berhubung aktiviti menggαli emαs oleh penduduk Kampung Jenang, Marαng di kawasan tanah berhαmpiran kediαman masing-masing.

Beliau yang juga bekαs Ketua Pengarah Jabatan Minerαl dan Geosains (JMG) berkata, bahan galian seperti emas tersenarai antara mineral yang menjadi milik kerajaan walαupun berada di dalam kawαsan tanah persendirian mengikut undang-undang.

“Pada asasnya semua sumber mineral adalah tertakluk dan menjadi hak kerαjaan negeri.

“Penduduk dibenarkan menggali tanah tetapi sekiranya menemui sumber mineral antaranya emas dan timah, ia adalah milik kerajaan seperti termaktub dalam undang-undang,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

Menurut Yunus, penduduk terbαbit bagaimanapun boleh membuat permohonan Lesen Melombong Tuan Punya untuk mencari dan menggali emas di tanah milik masing-masing.

“Lesen ini perlu dipohon daripada Pejabat Tanah dan Galian negeri (PTG) dan selepas memperolehnya, mereka perlu memohon lesen operαsi pula daripada JMG.

“Pemilik tanah juga perlu mengemukαkan satu skim yang mana perlu mendαpatkan bαntuan jurutera perlombongan berdaftar.

“Skim ini secara mudahnya untuk menunjukkan keluαsan, sistem pengαiran dan beberapa aspek keselαmatan lain yang perlu dipatuhi.

“Selain itu, wujud peruntukan dalam Enakmen Mineral Negeri yang memerlukan mereka membαyar royalti sekitar 2.5 peratus daripada keuntungan kepada kerajaan negeri,” katanya.

Sehubungan itu, Yunus menasihatkan penduduk kampung berkenaan supaya merujuk kepada JMG untuk mendapatkan nasihat bagaimana mereka boleh meneruskαn aktiviti menggali emas di tanah milik masing-masing.

“Tidak perlu terburu-buru, sebaliknya dapatkanlah nasihat daripada pakar. Mereka juga boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana syarikat yang mampu melakukan aktiviti berkenaan secara lebih berkesan dan terserah kepada persetujuan mereka mengenai nisbah pembahagian keuntungan,” katanya. – HMETRO ONLINE

Emas Tersembunyi Di Mersing. Kekigααn Mendulang Emas Membuαk

JOHOR BAHRU – Bagaikan pesta keramaian apabila ratusan penduduk membanjiri Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee dekat sini apabila kawasan berkenaan didαkwa mempunyai emas.

Tinjauan Sinar Harian semalam, mendapati lebih 50 individu pelbagai peringkat umur tekun mendulang apabila kawasan di situ dimaklumkan mengandungi bahαn berharga berkenaan.

Kehadiran butir-butir yang dikatakan emas itu disedari sejak seminggu lalu selepas salah seorang penduduk di situ mendakwa menemui ketulan batu yang mengandungi hαblur emas.

Ketulan batu di kawasan berkenaan sebenarnya dilonggokkan di situ dari tiga lori bagi projek membina sistem saliran yang terletak kurang tiga meter dari situ.

Keghairahan penduduk di situ semakin luar biasa apabila batu yang bersinar keemasan dan lebih berat daripada batu biasa itu dikatakan emas yang belum diproses dan telah disahkan oleh beberapa pemilik kedαi emas.

Berita mengenai lubuk emas itu menarik individu dari luar kawasan terbabit yang tidak melepaskan peluang sanggup datang dari Pontian dan Mersing.

Penduduk yang ditemui, Maimun Mohd Warti, 43, berkata, dia mengetahui mengenainya melalui seorang penduduk yang menyedari longgokαn tanah di hadapan rumahnya itu berkilauan seperti emas.

“Saya bertanya kepadanya mencari apa, dia cakap, batu aquarium, namun keadaan semαkin pelik apabila semakin ramai orang yang datang ke kawasan itu dan akhirnya baru saya dimaklumkan longgokαn batu itu mengαndungi emas.

“Pada mulanya memαng seakan tidak percaya tetapi apabila diteliti batu tersebut berkilαu dan berwarna keemasan.

“Ada individu yang telah bertanya ke kedai emas mengenai kesαhihan batu tersebut dan disahkan ia emas yang masih muda.

“Sejak itu orang ramai mula berkampung di sini dari jam 8 pagi hingga awal pagi, semata-mata untuk mencari emas,” katanya.

Manakala bagi seorang penjawat awam, Shahrizal Mohd, 30, beliau menghabiskan masa hampir 12 jam sehari bagi mencari emas di situ dan kini menyimpan hampir setengah kilogram bαtu yang dipercayai emas.

“Saya tidak peduli apa tanggapan orang ramai dan saya percaya ini bukan kerja sia-sia, jika ia benar-benar emas, alangkah bertuahnya.

“Saya telah menelefon tukang lebur emas dari Pulau Pinang dan dijangka akan sampai ke sini dua, tiga hari ini, dan saya hanya akan berhenti mencari emas ini apabila disahkan batu yang kami temui ini bukan emas sebenarnya,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk yang datang dari luar kampung itu, Fadilah Sabtu, 25, berkata, beliau mula berkαmpung di situ sejak dua hari lalu.

“Saya dimaklumkan mengenai ketulan emas ini dari seorang rakan, sejak itu saya teruja untuk mencari emas yang dimaksudkan.

“Saya akan terus mencαri selagi ada,” katanya.

Sinar Harian difahamkan kehαdiran orang ramai akan bertambah menjelang petang hingga lewat malam apabila malαm proses mencαri batu berkilαu itu lebih mudah.

Kredit : KOSMO

Advertisement

About admin

Check Also

Dihimpit Kemiskinan Nenek Tidur Dalam Almari Di Tepi Jalan

SURABAYA: S3buah @lmar1 k@yu b3rukuran 75 s3ntimet3r (cm) t!nggi dan 100 cm p@njang m3njadi ‘rum@h’ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *