Home / Info Viral / Syarikat Facebook Secara Rasmi Bertukar Nama Kepada ‘Meta’

Syarikat Facebook Secara Rasmi Bertukar Nama Kepada ‘Meta’

CEO Facebook Mark Zuckerberg harini telah mengumumkan syarikat sosial media terbesar dunia itu akan menggunakan nama baru iaitu Meta.

“Kami adalah syarikat teknologi yang menghubungkan manusia. Dengan ini, kami dapat meletakkan pengguna sebagai teras teknologi kami dan bersama-sama kita dapat membuka kunci kepada dunia tanpa sepadan” Kata Zuckerberg.

Menurut beliau lagi, pertukaran nama ini adalah disebabkan nama Facebook terlalu dikaitkan dengan satu produk. Dengan pertukaran nama ini maka syarikat gergasi tersebut dapat membuka cabang baru dalam dunia komunikasi.

“Nama Facebook juga tidak mencerminkan syarikat kami secara keseluruhannya dan apa yang kami mahu capai” Tambah beliau.

Menurutnya lagi, beliau sudah bercadang untuk menjenamakan semula syarikat itu sejak pembelian Instagram dan WhatsApp pada tahun 2012 dan 2014.

Maka melalui pengumuman ini, Mark Zuckerberg secara rasminya menjadi CEO Meta, dan tertubuhnya syarikat induk kepada platform media sosial besar termasuklah Facebook, Instagram, WhatsApp, Oculus dan sebagainya.

Pengasingan jenama antara syarikat dan laman sosial adalah perlu untuk tidak mengelirukan orang ramai lagi.

Dalam acara Facebook  Connect, Mark Zuckerberg memperkenalkan ‘Metaverse’ dimana pengguna dapat berinteraksi antara satu sama lain melalui avatar secara maya. Dalam acara tersebut Zuckerberg menceritakan bagaimana dunia Metaverse akan berfungsi melalui gabungan teknologi yang sudah mereka perkenalkan sebelum ini iaitu  Facebook Horizon Workroom dan baru-baru ini Project Cambria

“Metaverse bakal mengubah cara kita berinteraksi” Ujar Zuckerberg. Beliau turut berkata dunia Metaverse ini juga akan menggantikan telefon pintar sebagai medium komunikasi kelak.

Ini juga secara tidak langsung memberi petanda awal cara kita berkomunikasi di masa hadapan seperti  apa yang kita dapat saksikan dalam filem Ready Player One.

Baca lagi: Facebook Bakal Tukar Nama Syarikat

Baca juga:

Kredit : The Verge ,CNET

Advertisement

About admin

Check Also

Dihimpit Kemiskinan Nenek Tidur Dalam Almari Di Tepi Jalan

SURABAYA: S3buah @lmar1 k@yu b3rukuran 75 s3ntimet3r (cm) t!nggi dan 100 cm p@njang m3njadi ‘rum@h’ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *