Home / Masakan / Resepi Tomyam Poktek Thailand

Resepi Tomyam Poktek Thailand

Tomyam Poktek Thailand

Bahan-bahan :
20 ekor udang
2 ekor ketam
5 ekor sotong
80ml santan/susu cair
3 biji bawang besar (Di hiris)
3 biji bawang putih (Di ketuk)
1/2 inci halia (Di ketuk)
1/2 inci lengkuas (Di ketuk)
3 batang serai (Di titik)
4 helai daun limau purut
2 keping asam keping
1 biji limau nipis
10 biji cili padi
4 sudu paste tomyam
4 sudu tomato puri
5 batang jagung muda
2 batang cili kering
1 1/2 batang Lobak merah
2 biji Tomato
3 ulas Kobis bunga
Sedikit Daun ketumbar (Di tabur)
Sedikit Garam
Sedikit Gula

Cara-cara :
1) Didihkan air di atas periuk dan masukkan paste tomyam & tomato puri.

2) Gaul sebati dan terus masukkan bawang, halia, asam keping, lengkuas, cili padi, cili kering & serai. Masukkan garam & gula untuk menambah rasa.

3) Masukkan ketam, udang & sotong kedalam masakkan. Kemudian daun limau purut, tomato, lobak merah, bunga kobis & jagung muda.

4) Letakkan santan/susu cair untuk melemakkan kuah. Jangan masak terlalu lama kerana takut ianya pecah minyak.

5) Tuang tomyam di dalam mangkuk. taburkan daun ketumbar yg telah dihiris serta perah sedikit limau nipis untuk menyedapkan rasa.

Note : Tujuan menyiapkan kuah terlebih dahulu untuk mengelakkan bahan-bahan basah overcooked.

Kredit : resepi orang kampung

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *