Jutawan Sekelip Mata Wanita Terkejut Baki Akaun Berjumlah RM4.2 Bilion
Seorang wanita dari Florida terkejut selepas mendapati akaun banknya mempunyai baki simpanan berjumlah AS$999,985,855.94 (RM4,164,517,002.19 ~ RM4.2 bilion) sekali gus menjadikannya jutawan dalam sekelip mata.
Lapor Metro, Julia Yonowski hanya menyedari perkara itu ketika mahu mengeluarkan wang sebanyak AS$20 (RM83) dan memeriksa baki akaun simpanannya di mesin juruwang automatik (ATM), Sabtu lalu.
Katanya, dia tidak menyangka sejumlah wang tersebut berada di dalam akaun simpanannya.
Yonowski yang berasal dari Largo kini menjadi individu ke-615 paling kaya di Amerika Syarikat (AS) sejak kejadian itu.
Menurut Yonowski, pihak bank mungkin melakukan kesilapan dengan memindahkan sejumlah wang tersebut ke akaun simpanannya.
Katanya, dia sudah menghubungi bank Chase beberapa kali untuk memaklumkan perkara itu namun setakat ini tiada pekerja membalas panggilannya.
“Saya terkejut selepas melihat sejumlah wang yang begitu banyak dalam akaun simpanan saya.
Sumber: My metro
PERHATIAN: Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share