Home / Info Dunia Islam / Allah Lebih Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Kita. Sabar, Teruskan Solat Dan Berdoa, Tunggu Kebahagiaan Itu Akan Datang
allah-lebih-tahu-apa-yang-terbaik-untuk-kita.-sabar,-teruskan-solat-dan-berdoa,-tunggu-kebahagiaan-itu-akan-datang

Allah Lebih Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Kita. Sabar, Teruskan Solat Dan Berdoa, Tunggu Kebahagiaan Itu Akan Datang

Ibnu Jauzi dalam kitabnya ada menyebut Allah SWT melaksanakan doa hamba-Nya. Hanya Allah SWT yang memberikan istijabah (memakbulkan doa).

Istijabah berlaku dalam beberapa situasi, iaitu apa yang kita hajat, ditunaikan Allah SWT. Dalam keadaan tertentu, ia ditangguhkan buat sementara, iaitu ditunda ketika dunia, tetapi diberikan saat kita lebih memerlukannya di akhirat kelak. Ada juga istijabah itu berlaku dengan cara Allah SWT menghalang takdir buruk berlaku kepada hamba-Nya.

“Oleh itu, penting kita berdoa walau di mana saja berada. Perlu diisi seluruh hidup kita dengan berdoa dan sebesar-besar doa itu adalah dengan mengerjakan solat.

“Jika benar hidup kita ini sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT, maka jagalah solat lima waktu dan tambahlah dengan melakukan perkara kebaikan seperti berpuasa sunat dan sedekah.

“Allah SWT tidak akan pernah mensia-siakan ganjaran bagi orang yang memiliki keyakinan kepada-Nya. Apatah lagi, Allah SWT tidak pernah memungkiri janji,” katanya.

Selain itu, manusia juga seharusnya tidak culas dalam memohon keampunan Allah SWT. Menurut riwayat, kekasih Allah SWT, Rasulullah SAW yang juga maksum dan sebaik-baik manusia dalam kalangan Nabi dan Rasul sentiasa beristighfar.

“Baginda dikatakan beristighfar 100 kali sehari semalam, jadi bayangkan bagaimana kita insan biasa ini sepatutnya lebih melipatgandakan usaha supaya Allah SWT mengampunkan dosa lalu,” katanya.

Mohammad Hasnol berkata, selain berdoa dan telus memohon keampunan Allah SWT, Imam Nawawi menerusi kumpulan Hadis 40 turut memberi penekanan kepada meletakkan niat dalam segala perbuatan atau perkara yang dilakukan.

Ia sangat penting khususnya dalam membezakan antara perkara bersangkut paut dengan ibadah dan adat.

“Niat itu peranan hati, maka dalam apa saja keadaan, baik ketika memasuki masjid, ingin bekerja sehinggalah waktu sebelum tidur perlu diisi dengan niat kerana Allah SWT.

“Jadi, seluruh hidup kita, 24 jam sehari itu diisi dengan ibadah. Bayangkan sekiranya kita mati di dalam tidur, dengan izin-Nya, pemergian itu dalam keadaan ibadah,” katanya.

Jika dilihat pada hal ibadat seperti solat, mengambil wuduk dan berpuasa semuanya akan didahului dengan niat, bahkan ia begitu penting sehingga jika kita terlupa memasang niat, ibadat itu terbatal dan perlu diulangi semula.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Lep4s Hampir 30 T4hun, Pihak Hospital Baru Sed4r Punca Air Rup4nya Dari Tandas

Sebuah hospital universiti di Suita, Jepun baru tahu bahawa sumber air yang digunakan mereka sejak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *