Home / Usahawan / Suami Isteri Pemilik Fazzbake360 Buka Satu Lagi Kedai Rebut Trent Basikal Lipat

Suami Isteri Pemilik Fazzbake360 Buka Satu Lagi Kedai Rebut Trent Basikal Lipat

SINGAPURA: Dengan kegiatan berbasikal kini semakin popular, penjualan pengangkutan dua roda itu turut meningkat.

Lebih-lebih lagi bagi basikal lipat yang semakin mendapat perhatian dan menjadi pilihan utama para penggiat – tidak kira yang baru berjinak-jinak dengan kegiatan itu mahupun yang sudah lama tertarik dengan riadah tersebut.

“Penjualan kami naik 70% hingga 80% – sebahagian besarnya adalah daripada basikal lipat,” kongsi Encik Mohamed Fadzli Hayof, pemilik kedai basikal Fazzbike360 yang terletak di Crawford Lane.

PERMINTAAN TINGGI

Dibuka pada 2011, awalnya di Telok Blangah, kedai milik Encik Fadzli pada mulanya menjual bermacam jenis basikal bukit, basikal lumba dan basikal hibrid.

Lima tahun kemudian, beliau dan isterinya memutuskan untuk memperluaskan produk mereka untuk merangkumi basikal lipat termasuk jenama 3sixty dan Pikes pula.

Menurut Encik Fadzli yang sudah lama berkecimpung dalam bidang basikal sejak mula berlumba basikal 30 tahun lalu, Fazzbike360 adalah antara peruncit dan penjual pertama yang membawa masuk basikal sedemikian.

“Pada ketika itu juga sambutannya sudahpun agak baik. Tetapi kadar penghasilan basikal pada mulanya bergerak perlahan,” kongsi usahawan berusia 41 tahun itu.

Namun, di tengah-tengah pandemik COVID-19, permintaan bagi basikal lipat semakin meningkat dengan para pelanggan menggesa Encik Fadzli supaya membawa masuk lebih banyak basikal seumpama itu meskipun harganya lebih tinggi.

“Waktu itu, ia berharga S$850 tetapi disebabkan permintaan tinggi sedang tenaga kerja kesuntukan, harga basikal kini antara S$950 hingga S$1,400 dengan yang mahal bermutu premium,” jelas beliau.

BUKA KEDAI BARU

Malah, disebabkan oleh permintaan yang terus meningkat itu, Encik Fadzli memutuskan untuk membuka sebuah lagi kedai.

Beliau menamakan kedai itu CtBike sempena nama isterinya, Siti Nurhidayu Mohamed, 36 tahun.

“Isteri sayalah yang membantu saya selama bertahun-tahun ini sejak saya mula membuka kedai basikal.

“Kami tidak mempunyai kakitangan lain – hanya isteri yang menguruskan penjualan dan saya di balik tabir memasang basikal,” ujar bapa dua orang anak itu.

Kata Encik Fadzli lagi, kedai yang dijadikan bilik pameran basikal lipat itu juga adalah hadiah buat isterinya.

Dengan adanya CtBike, para pelanggan boleh meninjau-ninjau basikal lipat yang dijual sambil bertanya bahkan mencuba basikal tersebut sebelum membuat keputusan untuk membelinya.

“Falsafah kami adalah untuk mendidik, bukan setakat menjual basikal semata-mata. Kami berkhidmat untuk membantu menyarankan basikal paling sesuai dan selesa buat mereka. Tiada tekanan untuk membeli,” jamin Encik Fadzli

BERSESUAIAN DENGAN KONTEKS S’PURA

Sejak dibuka Julai lalu, pasangan suami isteri tersebut bersyukur atas penjualan basikal lipat yang sangat laris setakat ini.

Bahkan, sesetengah keluarga dengan empat atau lima anggota juga sanggup membeli satu basikal lipat setiap seorang.

“Ia mudah dilipat dan dibawa masuk ke dalam pengangkutan awam seperti MRT dan bas. Anda tidak perlu mengangkat basikal itu pun – hanya tolak sahaja. Ia amat mudah bagi para pelanggan kami. Inilah yang mereka cari-cari,” jelas Encik Fadzli.

Dalam pada itu, basikal yang boleh lipat tiga itu juga kecil saiznya dan maka itu tidak memerlukan ruang yang besar dalam “flat-flat BTO yang kecil.”

Bagi mereka yang sudah terbiasa mengayuh basikal saiz biasa, mereka juga tertarik untuk membeli basikal lipat sedemikian untuk digunakan sebagai kegiatan riadah bersama keluarga.

Bagaimana pula jika ada anggota keluarga yang penat mengayuh separuh jalan?

“Tidak perlu bimbang! Asalkan ada kad EZ Link, anda boleh sahaja naik bas atau MRT!” seloroh Encik Fadzli.

Kredit – BERITAmediacorp/sm

Advertisement

About admin

Check Also

Dihimpit Kemiskinan Nenek Tidur Dalam Almari Di Tepi Jalan

SURABAYA: S3buah @lmar1 k@yu b3rukuran 75 s3ntimet3r (cm) t!nggi dan 100 cm p@njang m3njadi ‘rum@h’ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *