Home / Masakan / Resepi Sup Tulang Thai

Resepi Sup Tulang Thai

Sup Tulang Thai

Bahan² yang diperlukan

1 1/2 biji bawang holland
4 ulas bawang putih
1/2 inchi halia
1 biji tomato
1/2 inchi lengkuas
10 biji cili akar
16 biji cili padi
2 1/2 biji jus limau nipis
2 batang sadri
3 sudu besar sos ikan
2 sudu besar cuka
Daun ketumbar
Akar ketumbar
500g tulang

Cara menyediakan

*Rebus tulang menggunakan 3L air dan masukkan 2 sudu cuka makan. Rebus sehingga daging lembut.
*Kemudian blend 1/2 biji bawang holland, 4 ulas bawang putih, 1/2 inchi halia dan 1 biji tomato..Blend sehingga hancur.
*Bila air rebusan daging dah berkunang dan daging dah sedikit lembut.. Masukkan lengkuas yang dah di ketuk, akar ketumbar dan bahan blend. Kacau sehingga mendidih.
*Seterusnya masukkan cili padi dan cili akar yang dah di ketuk..Kacau sekejap dan masukkan batang sadri .
*Kemudian masukkan 3 sudu besar sos ikan.
*Bila kuah dah berkurangan masukkan jus limau nipis, bawang holland dan tomato.
*Kemudian perasan dengan sedikit garam
*Akhir sekali tabur daun ketumbar.. Kacau sekejap dan tutup api.
*Sup Tulang Thai Pedas Kak long dah siap untuk dihidangkan
Kredit : Resepi Sedap

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *