Home / National / Pengunjung, pemilik pusat hiburan dikompaun RM134,000
pengunjung,-pemilik-pusat-hiburan-dikompaun-rm134,000

Pengunjung, pemilik pusat hiburan dikompaun RM134,000

KUALA LUMPUR – Akibat melanggar prosedur operasi standard (SOP), 56 pengunjung warga tempatan termasuk dua pemilik premis pusat hiburan di daerah Cheras dikenakan kompaun RM134,000, kelmarin.

Dalam serbuan itu, kesemua pengunjung dikenakan kompaun RM1,500 setiap seorang manakala dua pemilik premis yang berusia antara 23 hingga 51 tahun pula dikompaun masing-masing RM25,000 seorang.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzham Jaafar berkata, serbuan tersebut telah dilakukan oleh pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

“Menerusi serbuan pertama pukul 10 malam di sebuah pusat hiburan di Taman Miharja, seramai 13 pengunjung termasuk seorang lelaki tempatan yang juga pemilik premis dikenakan kompaun.

“Kita turut merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk berhibur seperti satu alat pembesar suara, satu unit amplifier dan tiga unit mikrofon,” ujarnya dalam satu sidang akhbar di IPD Cheras, dekat hari ini.

Menurutnya, pasukan tersebut sekali lagi membuat serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Loke Yew pada pukul 11.30 malam.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah dan dia dikenakan kompaun bersama 43 pengunjung kerana terlibat dengan aktiviti hiburan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.

“Rampasan turut dibuat melibatkan peralatan yang digunakan untuk berhibur seperti satu unit amplifier, satu unit mikrofon dan 44 botol arak pelbagai jenama,” ujarnya.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (b) Akta Hiburan dan Seksyen 76 Akta Eksais 1976. -K! ONLINE

Sumber Kosmo.

PERHATIAN: Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

[Video] ‘Hero yang tidak didendang’ cuci longkang tersumbat tengah lebuh raya

PETALING JAYA – Sanggup mengotorkan badan dan merisikokan diri demi orang lain. Itu pengorbanan dua …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *