Home / National / Malaysia, Indonesia sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan
malaysia,-indonesia-sepakat-tingkatkan-kerjasama-pertahanan

Malaysia, Indonesia sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan

PETALING JAYA – Malaysia dan Indonesia berkongsi komitmen untuk meningkatkan lagi kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) bagi memperkukuh kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Indonesia, terutamanya menerusi pengoperasian Pos-Pos Gabungan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto juga bersetuju untuk meneruskan latihan bersama antara angkatan tentera negara masing-masing dalam usaha menangani ancaman pengganas melalui LATGABMA MALINDO DARSASA.

“Latihan bersama yang dilaksanakan pada tahun hadapan ini akan melibatkan kerjasama ketigatiga cabang perkhidmatan dari angkatan tentera serta pasukan polis kedua-dua negara.

“Buat masa ini, operasi gabungan antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan TNI adalah di enam penempatan Pos Gabungan yang tertumpu di sempadan Sarawak-Kalimantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian susulan pertemuan bersemuka pertama antara Menteri Pertahanan kedua-dua negara sejak pandemik melanda dunia.

Lawatan kerja selama sehari itu juga susulan perbincangan secara sidang video pada 4 Oktober lepas.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, kedua-dua belah pihak juga sepakat untuk mengukuhkan kerjasama pertahanan sedia ada apabila buat pertama kalinya satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang memfokuskan terhadap kerjasama pertahanan menyeluruh bakal dilaksanakan dan ditandatangani awal tahun hadapan.

“Sementara itu, saya dan TYT Prabowo juga berbincang mengenai inisiatif Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) yang saya mulakan bersama Menteri Pertahanan Indonesia sebelum ini, TYT Ryamizard Ryacudu dan Setiausaha Pertahanan Filipina, TYT Delfin N. Lorenzana pada tahun 2017.

“Kami saling menzahirkan penghargaan atas komitmen penuh angkatan tentera masingmasing dalam menjayakan TCA melalui rondaan udara dan maritim. Namun pada masa yang sama, kami juga bersetuju bahawa inisiatif ini masih mempunyai ruang yang boleh ditambah baik demi menangani ancaman di Laut Sulu dan Sulawes,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, kedua-dua pihak bersepakat untuk sekali lagi meningkatkan kerjasama menerusi TCA di peringkat Menteri Pertahanan ketiga-tiga negara. – Artikel asal K! ONLINE

PERHATIAN: Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

[Video] ‘Hero yang tidak didendang’ cuci longkang tersumbat tengah lebuh raya

PETALING JAYA – Sanggup mengotorkan badan dan merisikokan diri demi orang lain. Itu pengorbanan dua …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *