Home / Media Maya / Kucing Mati Kena Jangkit4n Virus Parvo, Ini C4ra Rawat Gun4 Pokok Rumput
kucing-m4ti-kena-jangkit4n-virus-parvo,-ini-c4ra-rawat-gun4-pokok-rumput

Kucing Mati Kena Jangkit4n Virus Parvo, Ini C4ra Rawat Gun4 Pokok Rumput

Bagi pencinta haiwan terutama kucing pasti akan sedih jika haiwan peliharaan mereka dijangkiti virus yang tidak diingini sehingga menyebabkan kematian. Parvo merupakan salah satu penyakit virus yang mudah menjangkiti dan menyerang anak kucing berusia empat minggu hingga 12 minggu.

Lebih membahayakan apabila virus parvo boleh menjangkiti kucing-kucing lain dengan begitu cepat dan menyebabkan kematian mengejut. Pencinta kucing dikenali sebagai Vee Salim melalui laman Facebook berkongsi pengalaman tentang anak bulusnya yang dijangkiti virus parvo dan menyebabkan kematian.

KUCING MATI KENA JANGKITAN VIRUS PARVO

Menurut Vee, dia mempunyai sebanyak 3o ekor kucing dan hanya tinggal enam ekor sahaja akibat jangkitan virus tersebut. Kucingnya mula menunjukkan perangai pelik selepas kematian seekor kucing.

Minggu lepas, minggu paling teruk bagi saya bila anak-anak bulus kena parvo. Tak tahu punca dari mana. Saya ada lebih kurang 30 ekor termasuk anak kucing bawah 2 bulan umur. Mula-mula mati sekor anak kecik umur sebulan.

Lepas si kecik mati tu, yang lain mula monyok, tak nak mkn, mulut berair, najis berlendir. Pada awalnya tak tahu, lepas tu bawa lah ke vet untuk check-up. Doktor kata positif parvo. Masa tu saya lambat asingkan diaorang. Ada 5 ekor yang dah kritikal dan mati pada esok harinya serentak.

Yang tinggal pada masa tu, ada lagi 6 ekor tengah struggle lembik 4 hari tak makan langsung walaupun saya paksa. Air pun saya suap untuk tenaga.

POKOK RUMPUT UNTUK RAWAT JANGKITAN VIRUS

Tambahnya lagi, dia menggunakan pokok rumput untuk menyembuhkan jangkitan tersebut dan ternyata usahanya untuk menyembuhkan kucing tercinta berjaya.

Tiba-tiba saya jumpa rumput ni dekat google, pastu saya stalk lagi group pecinta kucing untuk kepastian. Saya fikir nak cuba sebab rumput ni ada kat kawasan saya. Saya cuba follow resipi dari pengguna facebook yg share. Dah siap air rebusan tu, saya sejukkan dan suap kat anak-anak yang hampir nazak.

Saya guna picagari (syringe) pancut sikit-sikit dalam mulut, dan saya guna tisu juga untuk basahkan muka dan bibir anak-anak saya yang dah nmpak nazak slepas 3,4 hari tak makan minum. YaAllah, kuasa Allah dan kuasa dalam air rumput ni amat menakjubkan. Tak smpai 15 minit lepas suap air ni, mata anak-anak saya tiba-tiba jadi bulat, nampak tenaga lain mcam.

Saya teruskan suap air rebusan rumput ni dan campurkan dgn gula@glukos. Dalam waktu singkat, lebih kurang setengah hari, saya campurkan air rebusan rumput ni dalam kibble mereka. Dah cukup lembut, saya bagi. Diaorang makan laju.

Sini saya nak share kan resepi pokok rumput ni, dan kalau nak tau, ini lah rupa rumput helikopter tu.

  • Satu cekak pokok penuh sekali dengan akar, direbus bersama air dalam 500ml.
  • Rebus smpai air agak-agak kurang dalam 1,2inci dari jari.
  • Boleh terus suap atau campur begitu saja dalam air minum anak-anak.

*Kalau anak-anak yang dah hampir tak ada tenaga, bancuhkan satu sudu kecil gula dalam 10-15ml air rebusan. Suap antara 5-10ml dalam syringe. Suap lah berapa kali pun, selang 1-2 jam.

Untuk wetfood masak sendiri:

– Masukkan juga secekak pokok penuh dalam rebusan ayam atau apa-apa wetfood homemade, sebagai sayur

– Rebus sehingga pokok jadi lembut dan senang anak-anak nak kunyah ( macam dalam gambar yang saya tunjuk)

– Boleh juga racik halus-halus daun untuk tabur mentah dalam wetfood yang dibeli.

Pokok ni takde apa-apa kesan sampingan. Boleh diminum/makan atau suap bila-bila masa dan tak kira kuantiti. Elok untuk deman, selsema dan tenaga diaorang.

*Ini adalah cara saya sndri. Nak buat cara lain pun boleh. Tak ada apa-apa pantang larang. Ini adalah ubat dan suppliment yang paling bagus utk masalah anak-anak bulus.

Sumber: Facebook Vee Salim

PERHATIAN: Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About Cucu

Check Also

Lep4s Hampir 30 T4hun, Pihak Hospital Baru Sed4r Punca Air Rup4nya Dari Tandas

Sebuah hospital universiti di Suita, Jepun baru tahu bahawa sumber air yang digunakan mereka sejak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *