Home / Masakan / Resepi Talam Ubi Kayu

Resepi Talam Ubi Kayu

Talam Ubi Kayu

Bahan-bahan
(Bahan2 Lapisan Bawah)
# 2 cawan ubi kayu yg telah di blend & ditapiskan airnya
# (sukatan ini termasuk pati ubi yg termendap dibwh air tapisan)
# 1 cawan santan pekat
# 1 cawan air
# 1 cawan gula melaka
# 1/2 cawan gula pasir
# 2 helai daun pandan-disimpul

Bahan2 Lapisan Atas
# 2 cawan santan pekat
# 1 cawan air
# 1/2 cawan tepung beras
# 1 sudu teh garam halus

Cara memasak
1. (Lapisan Bawah) Potong ubi kayu kecil2 & blend hingga halus. Tapiskan airnya & tekan dgn senduk supaya ubi kering drp air. Boleh juga di perah dgn menggunakan kain. Biarkan seketika dlm 15 minit supaya pati terbentuk di bawah air tapisan tadi
2. Setelah 15 minit, buang air tapisan & ambil pati ubi. Campur ke dlm ubi yg di blend tadi. Kacau sebati
3. Masak santan bersama air, gula melaka, gula pasir & daun pandan hingga gula larut. Tapiskan & tuang ke dlm ubi. Kacau rata.
4. Alas loyang 10 x 10 dgn plastik wrap. Tuang adunan & kukus selama 30 minit. Buka penutup pengukus setiap 10 minit utk buang air pd penutup pengukus supaya air tidak menitik di atas kuih. Boleh juga balut penutup dgn kain
5. (Lapisan Atas) Satukan semua bahan2 di dlm kuali. Kacau di atas api kecil hingga keluar wap sahaja, jangan sampai mendidih
6. Setelah lapisan bawah masak, tuang adunan lapisan atas perlahan2. Kukus semula 30 minit.
7. Sejukkan di dlm peti ais dulu baru di potong. Sedap di makan sejuk2

Kredit : Nur Al Fatihah

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *