Home / Masakan / Resepi Getuk Ubi Kayu

Resepi Getuk Ubi Kayu

Getuk Ubi Kayu

Bahan-bahan
# Ubi kayu secukupnya (anggaran 1 kg)
# Kelapa parut putih, secukupnya (kurang lebih 1 cawan)
# Sedikit garam dan gula
# 1 1/2 cawan tepung beras (mat guna cap teratai)
# Sedikit garam
# 1 biji telur, dipukul sedikit)
# Sedikit pewarna makanan kuning telur
# Sambal kicap untuk mencicah atau sos kegemaran anda

Cara memasak
1. Kupas ubi, potong kecil, cuci dan rebus hingga empuk, tapi jangan sampai terlampau empuk hingga lebik. Toskan ubi, masukkan kembali dalam periuk dan masak sekejap untuk mengeringkan air ubi.
2. Alih ubi ke dalam bekas, masukkan kelapa parut putih, sedikit gula (anggaran 1 camca besar) dan sedikit garam (yang ni kalau masa rebus tadi dah letak garam, tak perlu letak garam lagi, atau letak jika perlu). Tumbuk dengan anak lesung batu hingga semua sebati.Ambil 1 camca besar penuh, kepal2kan dan bentukkan bebola. Buat hingga siap. Ketepikan
3. Bancuh tepung beras bersama telur, sedikit garam hingga sebati. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu cair atau pekat. Tambah pewarna kuning makanan, kacau rata
4. Panaskan minyak untuk goreng terenda. Ambil beberapa biji bebola getuk ubi, masukkan dalam bancuhan tepung, kemudian goreng dalam minyak panas dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Hidang bersama sambal kicap..

kredit : Masakan Selera Kampung’s

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *