Home / Info Viral / Ezlynn Nak cari madu , mahu cukupk4n suami ada emp4t isteri
ezlynn-nak-cari-madu-,-m4hu-cukupk4n-suami-ada-emp4r-isteri

Ezlynn Nak cari madu , mahu cukupk4n suami ada emp4t isteri

Setelah dua bulan berkahwin dengan penderma hati pertama negara Wan Mohd Hafizam Wan Ismail pada 11 September lalu, penyanyi Ezlynn memberitahu mahu mencari isteri baru untuk suaminya.

Menurut Ezlynn, keputusan itu dibuat kerana dia terlalu menyintai suaminya serta mahu mencari ‘saham akhirat’. Ujarnya, siapa yang berminat boleh menghubunginya di Instagram

“Dalam Islam pun membolehkan lelaki berkahwin empat. Saya nak cukupkan suami saya ada empat isteri. Kalau ada yang sanggup bermadu dengan saya, boleh terus mesej di Instagram.

“Kita hidup hanya sementara, mesti kena gembira. Jom mengorak langkah menuju ‘jannah’ (syurga). Saya mengangkat sunnah Rasullullah SAW, dan saya yakin boleh hidup bermadu,” katanya.

Kata Ezlynn lagi, dia sudah mula bertanyakan beberapa orang individu dan ada yang sudah bersetuju untuk menjadi madu baharunya.

“Cuma saya masih lagi cari yang sesuai untuk dia. Suami memang tahu berkenaan perkara ini kerana saya mengutarakan ‘hajat’ dan kami sudah bincang mengenainya.

“Sebab itulah saya putuskan nak cari madu yang baik dan sesuai, yang sudi terima saya sebagai madu juga. Maksudnya berkahwin dengan saya sekalilah dan bukan dengan suami saja. Sebabnya, nanti banyak perkara perlu dilakukan oleh kami bersama,” katanya.

Dalam pada itu, Ezlynn berkata dia amat mementingkan kebahagiaan suaminya dalam masa yang sama mahu mengangkat sunnah Rasullullah SAW.

“Kebahagian suami penting bagi saya. Dalam dunia ini saya dah tak perlu apa-apa lagi. Saya nak cari saham akhirat saja. Mana-mana yang boleh saya dapat reda Allah dan ‘syafaat Rasulullah’, saya akan ikut. Inilah hadiah buat suami saya,” katanya.

Terdahulu, Ezlynn dan suami, Wan Hafizam berkenalan ketika sama-sama terbabit dalam aktiviti amal dalam sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada tahun lalu.

SUMBER: HARIAN METRO

PERHATIAN: Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *