Home / Info Viral / [Video]”Pergi lagi seorang sahabat” Awie… Salam Takziah (Al Fatihah)
“p3rgi-lagi-seorang-sahabat”-awie…-salam-takziah-(al-fatihah)

[Video]”Pergi lagi seorang sahabat” Awie… Salam Takziah (Al Fatihah)

Pemergian seorang sahabat sejati sukar untuk diterima, namun m4ti itu pasti kerana itu janji Allah SWT kepada makhluknya. “P3rgi lagi seorang sahabat” itulah yang diluahkan oleh penyanyi dan pelakon terkenal Datuk Awie atas pem3rgian sahabatnya Allahyarham Mamat Khalid yang dianggap sebagai abang kepadanya.

IPOH: Penyanyi dan pelakon terkenal, Datuk Awie mengakui tidak dapat menahan rasa seb4k di atas kehilangan penerbit dan pengarah terkenal, Mamat Khalid yang m3ningg4l duni4 tengah malam tadi.

Menurutnya, sebelum mendapat berita kem4tian Mamat Khalid, beliau menerima dua panggilan telefon daripada rakannya dari Perak namun tidak sempat dijawab kerana sedang menjalani penggambaran.

“Melihatkan nombor rakan dari Perak, saya mula tidak sedap hati dan memikirkan sesuatu yang tidak baik berlaku.

“Apabila diberitahu abang Mamat sudah ti4da, lurvh hati saya, p3rgi lagi seorang sahabat saya, abang saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menzi4rahi jen4zah Mamat Khalid di kediaman pengarah dan penerbit itu di Taman Ipoh Jaya Timur 1 di sini hari ini.

Menurutnya, beberapa minggu lalu, arw4h ada menghantar mesej di aplikasi Whatsapp mendoakannya cepat sembvh.

“Love you bro, cepat-cepat sembvh’, itu mesejnya kepada saya. Dia tidak pernah hantar mesej begitu dengan saya sebelum ini. Dia turut bertanya khabar saya,” katanya.

Menurut Awie, kali terakhir dia berjumpa dengan Mamat ialah pada tayangan Kampung Pisang Muzikal.

Katanya, arw4h disifatkan sebagai pengarah, sahabat dan abang yang naik kepada semua kru, seorang yang periang walaupun nampak gar4ng.

“Dia penghibur di kala ada orang yang bermasalah di lokasi. Pada masa sama dia juga mengajar hingga semua pelakon dapat membawa watak yang lebih baik.

“Dia yang membawa saya hingga kekal sebagai watak Husin. Sehingga ke akhir arw4h memanggil saya dengan watak itu,” katanya.

Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada mereka yang telah tiada dan didoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa-dosa.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *