Home / Info Viral / [Video] Sebak.. 24 jam dengan mak! Abang cuti t4npa gaji, tingg4lkan kelu4rga di Singapura demi j4ga ibu str0k
sebak.-24-jam-deng4n-mak!-ab4ng-cuti-t4npa-gaji,-tingg4lkan-kelu4rga-di-singapura-demi-j4ga-ibu-str0k

[Video] Sebak.. 24 jam dengan mak! Abang cuti t4npa gaji, tingg4lkan kelu4rga di Singapura demi j4ga ibu str0k

HATI seorang adik sangat tersentuh tatkala melihat kesungguhan abangnya yang sanggup mengambil cuti tanpa gaji dan menlnggalk4n keluarg4nya jauh beratus batu di negara lain semata-mata mahu pulang ke Malaysia menjaga ibu tercinta.

Video yang mem.perlihatkan ketekunan Alias Embong, 38, menjaga ibunya yang berkerusi roda itu, mendapat pujian daripada warga maya.

Bercakap kepada mStar, adiknya, Nurkhadijah Embong, 34, yang ber.kongsi video tersebut di laman TikToknya berkata, abangnya itu se.memangnya manja dengan ibu mereka sejak kecil lagi.

“Abang anak k.elapan dia me.mang dari kecil rapat dengan mak, kalau anak lelaki dia yang paling manja.

“Dia dah lama kerja dekat Sin.gapura sebagai welder, kahwin pun dengan orang sana dan memang menetap di sana.

“Sejak C0v-1q ni dia tak dapat balik tapi bila mak kena str0k dia usahakan juga, Alhamdullilah dapat balik tapi dia terp4ksa ambil cuti tanpa gaji ke.mudian tinggalkan anak-anak dan isteri untuk jaga mak, hampir sebulan lebih dekat sini,” katanya, sambil menambah abangnya itu mempunyai tiga orang anak.

Alias sememangnya manja dengan ibunya.

Nurkhadijah yang juga sudah berumah tangga berkata, sejak pulang pada awal September lalu, abangnya mengambil alih tugas menjaga ibunya yang diserang str0k pada Jun.

“Mak kena str0k lepas cucuk vaks1n, pagi cucuk dalam petang tu mak dah rasa kebas-kebas tangan.

“Malam tu tak boleh tidur, kaki pun kebas. Sampai sekarang tak boleh berjalan lagi, dua bulan mak tak tidur malam, doktor cakap sebab str0k jadi doktor bagi ubat tahan sakit tapi ‘tak jalan’.

“Sebelum abang balik kami adik beradik bergilir jaga mak, sama-sama tak tidur tapi sejak dia balik semua dia uruskan, masak, mandi, basuh kencing berak mak,” katanya yang juga menetap di Kemaman.

Menurut Nurkhadijah setiap hari, sesudah subuh, abangnya akan mula masuk ke dapur untuk menyediakan makanan mengikut selera ibunya.

Alias akan masak makanan yang diinginkan ibunya.

Katanya, abangnya itu sememangnya mahir memasak makanan kampung seperti gulai itik dan masak lemak pucuk paku.

“Abang akan tanya mak nak makan apa kemudian abang akan usahakan buat, dah siap abang suapkan mak makan.

“Makan ubat tukar pampers lap-lap badan kemudian tengah hari abang masak lagi, usahakan memasak lauk kegemaran mak, mandikan kemudian petang dia akan urut mak.

“Memang 24 jam dekat dengan mak, malam pun abang tidur dengan mak,” katanya.

Menurut Nurkhadijah dia berasa amat tersentuh melihat layanan abangnya terhadap ibu mereka, malah mengakui bahawa mereka adik beradik tidak mampu untuk memberi layanan sangat baik seperti yang dilakukannya.

“Abang pernah cakap nak jaga mak kena jaga bersungguh-sungguh sebab kita tak tahu bila Allah akan ambil mak, dan dia pula jarang dapat balik sebab tu bila dia balik dia jaga mak sungguh-sungguh.

“Saya rasa tersentuh sangat tengok dan kita pun harap anak-anak akan layan kita macam tu.

“Adik beradik semua memang dah tahu abang memang begitu dengan mak, kadang kami adik beradik tak mampu nak buat macam abang buat,” jelasnya.

Alias tidak dapat menahan kesedihan apabila terpaksa berpisah dengan ibunya serta ahli keluarganya yang lain.

Nurkhadijah turut berkongsi video abangnya itu menitiskan air mata apabila dia terpaksa pulang semula ke Singapura pada 17 Oktober lalu.

“Hari ni abang balik memang menangis berpelukan dua beranak,” ujarnya.

VIDEO :

@nurkhadijah111

2 hari sebelum balik Spore. habiskan masa dgn mok.. Masing2 sedih sebenarnye nk berpisah. apakan daya..

♬ Anugerah Cinta – Fauzana & Aprilian

Sumber: mStar

PERHATIAN: Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *