Home / Berita Terkini / Ramai Tak Tahu Siapa Sebenarnya AIIahyarham Mamat Khalid Selain Pengarah Filem.SubhanaIIah, Rupa-rupanya..
ramai-tak-tahu-siapa-sebenarnya-aiiahyarham-mamat-khalid-selain-pengarah-filemsubhanaiiah,-rupa-rupanya.

Ramai Tak Tahu Siapa Sebenarnya AIIahyarham Mamat Khalid Selain Pengarah Filem.SubhanaIIah, Rupa-rupanya..

Akhirnya pada 24 Oktober 2021 kita kehiIangan sebutir berlian dunia perfileman.Seorang pengarah yg sempoi.Kelakar tapi sinis dan padat sudah meninggalkan kita akibat s3rang4n s4kit j4ntung.

Mungkin ada yg belom mengenali siapa Mamat Khalid.Kami kongsikan sedikit info tentang Allahyarham Mamat Khalid pengarah versatile ini..

Mohamad Mohd Khalid atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid dilahirkan pada 6 April 1963 .Beliau ialah adik kepada kartunis Datuk Lat.Penulis dan pelukis komik terkenal yg pernah menghasilkan komik “Budak Kampung” yg sebenarnya watak utama “Mat” dalam komik tersebut bercerita tentang Mamat Khalid itu sendiri.

Beliau bekerja sebagai kerani kerajaan dan isterinya seorang surirumah.Mamat memulakan kerjaya awalnya di pejabat kerajaan sebelum menceburi bidang perfileman.

Beliau pertama kali menduduki kerusi pengarah pada 2003 menerusi filem komedi sejarah Lang Buana. Seterusnya beliau mengarahkan filem kedua, filem pertamanya yang bergenre muzikal Rock (2005) dan dua filem kesinambungannya Rock Oo! (2013) dan Rock Bro! (2016).

Antara karyanya yang terkenal termasuk Man Laksa (2006), Kala Malam Bulan Mengambang (2008) yang menggunakan konsep filem noir dan Apokalips X (2014) yang berkonsepkan manga dan buku komik grafik. Paling baru-baru ini, filem terbaru arahannya, Hantu Kak Limah 3 ditayangkan di pawagam pada Ogos 2018.

Melangkaui kerjaya filemnya, Mamat juga merupakan pengasas dan pemilik kafe Sarang Art Hub yang beroperasi di Tanjung Malim, Perak dan dibuka pada 2016.

Zaman kecil beliau

Mamat dilahirkan pada 6 April 1963 di Ipoh, Perak, lima bulan sebelum Persekutuan Tanah Melayu dikenali sebagai Malaysia pada 16 September 1963 dan dibesarkan di Sungai Rokam, Ipoh. Ketika zaman kanak-kanaknya, Mamat pernah pergi ke pawagam setiap hari untuk mengikuti filem terkini. Malangnya, hobinya tidak disukai oleh bapanya, yang juga mengharamkannya daripada menonton panggung wayang walaupun pada saat kematiannya, pada tahun 1974. Namun, itu tidak menghalang minat Mamat untuk menceburi bidang perfileman.

Sebelum menceburi bidang perfileman, Mamat bekerja dalam jabatan kerajaan, kemudian beralih ke bidang penerbitan rancangan televisyen. Antara karya-karya Mamat yang terkenal termasuk Pinang Durian, Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel dan Abang We. Beliau pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin Panca Delima 2001 untuk telefilem Pinang Durian.

Beliau juga pernah menjadi penterjemah skrip untuk siri animasi Kampung Boy karya abangnya, Lat. Mamat juga merupakan peminat tegar muzik rock dan pernah menyertai kumpulan rock Drop Out yang mana beliau merupakan pemain keyboard.

Penglibatan sulung beliau dalam industri perfileman Malaysia adalah apabila beliau mula-mula mencadangkan sebuah siri televisyen yang mengisahkan legenda Puteri Gunung Ledang.

“Pada mulanya, saya bercadang menjadikannya projek kecil-kecilan untuk stesen televisyen ntv7 dalam bentuk bersiri. Saya cuba memecahkan projek itu kepada 20 episod yang bukan saja dimuatkan dengan cerita hikayat Melayu lama PGL, malah sarat dengan hikayat lain seperti Badang Pahlawan Gagah dan sebagainya.”

Bagaimanapun, Enfiniti Productions yang menerima cadangan Mamat itu menukarkannya menjadi sebuah filem untuk tayangan pawagam, arahan Saw Teong Hin yang dibintangi oleh Tiara Jacquelina dan M. Nasir.

Filem Puteri Gunung Ledang yang menelan belanja lebih RM 16 juta, iaitu filem Malaysia yang paling mahal dalam sejarah.Sungguhpun dilaporkan tiketnya cepat dijual habis, namun hanya mampu mengaut hasil RM 2.90 juta sejak keluar pada bulan Ogos 2004. Namun demikian, filem ini turut menikmati tayangan khas di festival filem luar negara, iaitu di Venice dan di Los Angeles.

Pada tahun 2003 juga, Mamat menjadi pengarah filem buat kali pertama, iaitu filem komedi Lang Buana yang dibintangi oleh kumpulan Senario. Mengikut penerbit eksekutif Grand Brilliance ketika itu, Lazizah Ahmad, filem Lang Buana memakai ‘formula yang serba berlainan’ seperti yang dicadangkan oleh Mamat yang ingin cerita yang lebih mencabar.Filem yang menelan belanja RM 1.76 juta ini mengaut kutipan sebanyak RM 1.79 juta daripada 27 buah pawagam.

Minatnya terhadap muzik rock diakui mengilhamkan beliau untuk menulis dan mengarah filem Rock pada tahun 2005.[2] Mengikut satu ulasan, Mamat dikatakan ingin menyampaikan mesej mengenai dilema yang dihadapi ramai pemuzik berbakat pada zaman kegemilangan rock 1980-an:

“Itu yang cuba Mamat ketengahkan menerusi watak Zack (lakonan Hasnul Rahmat). Anak muda yang berjaya meraih trofi gitaris terbaik ini terpaksa memilih antara memenuhi kemahuan keluarga, kawan dan teman wanita.”

Filem inilah yang mengurniakan anugerah pertama Mamat daripada Festival Filem Malaysia, iaitu untuk Lakon Layar Terbaik.

Kejayaan dan Pencapaian beliau,

2006–2013: Kejayaan dan Hantu Kak Limah Balik Rumah Sunting
Pada tahun 2006, Mamat membuat penampilan sebagai juri jemputan di Akademi Fantasia,[14] biarpun tidak dikenali memegang sebarang peranan dalam industri muzik selain menjadi pengarah muzik dalam filem. Pada tahun yang sama, beliau kembali menghasilkan filem drama melalui Man Laksa yang memberikan dua pencalonan Festival Filem Malaysia.

Di samping itu, beliau juga diberi kepercayaan menulis skrip untuk filem Tipah Tertipu The Movie arahan Ahmad Idham lakonan kumpulan Ruffedge dan Intan Ladyana.Beliau mencuba genre komedi seram menerusi filem Zombi Kampung Pisang, filem buatan Malaysia pertama yang menampilkan puaka zombi (mayat hidup).

Mamat turut mencabar diri dengan membikin sebuah filem hitam putih pada abad ke-21, iaitu Kala Malam Bulan Mengambang (2008), sebuah filem noir yang dibintangi Rosyam Nor dan Umie Aida. Biarpun dilaporkan kurang mendapat sambutan penonton walaupun dihujani ulasan positif namun filem ini berjaya merangkul lima anugerah di FFM, termasuk Filem Cereka Terbaik dan Pengarah Filem Terbaik. Mamat membuat kemunculan khas dalam filem My Spy arahan Afdlin Shauki.

Filem Estet arahan Mamat keluar pada tahun 2010, menceritakan kisah hubungan antara orang Melayu dan India di sebuah perkampungan getah, sebagai azamnya untuk memaparkan keeratan persaudaraan sesama kaum di Malaysia melalui filem.Sungguhpun mendapat pujian pengulas filem, namun kutipannya di pawagam agak mengecewakan dengan hanya RM 350,000 daripada 47 buah pawagam.

Meskipun begitu, Mamat sekali lagi merasai kejayaan besar selaku sutradara apabila Hantu Kak Limah Balik Rumah menjadi filem tempatan kedua tertinggi kutipan kasarnya di negara dengan RM7.9 juta daripada 39 buah pawagam, mengekori filem Ngangkung sahaja.

Mamat juga sedang mengusahakan filem animasi pertamanya, berjudul Kelip-Kelip yang dilaporkan menerima khidmat lakonan suara Datuk Siti Nurhaliza.

Filem kelapan arahan beliau, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit, kesinambungan daripada Hantu Kak Limah Balik Rumah ditayangkan di pawagam pada 7 Februari 2013, dengan mengekakan sebahagian besar pelakon asalnya termasuk Awie dan Delimawati serta penambahan beberapa pelakon baru termasuk Ezlynn dan Rashidi Ishak. Dengan kos pembikinan sebanyak RM1.65 juta, filem ini mendapat kutipan pecah panggung sebanyak RM5.89 juta.

Pada 3 April 2014, filem Apokalips X yang menjadi filem cereka sains fantasi pertama arahan beliau memperlihatkan Mamat lari dari kebiasaan dari filem-filem terdahulunya sekaligus mencuba sesuatu yang berbeza dari filem Melayu Malaysia.

Filem ini menggunakan 70 peratus imej janaan komputer (CGI) dan menggambarkan keadaan Malaysia pada 2046.[27][28] Walau bagaimanapun, Apokalips X merupakan kegagalan komersial dan hanya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM 253,446.

Beliau kemudiannya mengarahkan filem komedi jenayah Amir dan Loqman Pergi ke Laut lakonan Shuib Sepahtu dan Shuk Balas.

Pada tahun 2015, Mamat melancarkan tiga filem arahan serentak, komedi seram Rumah Pusaka Di Simpang Jalan,[31] komedi gelap Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh dan komedi sejarah Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium yang kedua-duanya menampilkan Usop Wilcha yang sebelum ini pernah bekerja dengan beliau menerusi beberapa filem terdahulu.

Filem arahan beliau, Lebuhraya Ke Neraka merupakan filem pertamanya yang bergenre kerohanian dan juga filem pertamanya yang tidak mengetengahkan genre komedi.[36] Ditayangkan pada 4 Mei 2017, ia berkisarkan sekumpulan remaja yang dibawa ke alam barzakh atau halusinasi dalam alam koma semasa berkonvoi merentas desa. Filem ini mengambil masa 6 tahun untuk disiapkan.

Pada 8 Jun 2017, Mamat muncul dengan supertelefilem arahannya, 16 Puasa yang dibintangi oleh Sabri Yunus, Bell Ngasri, Aziz M. Osman dan Jue Aziz dan bersiaran di Astro First Eksklusif. Ia mengisahkan kisah sekumpulan kawan baik di sebuah kampung yang ponteng puasa dan menyembunyikan aktiviti mereka daripada pengetahuan isteri masing-masing. Mereka juga menetapkan jadual siapa yang akan membeli makanan di pekan dan kemudian makan di tempat-tempat terlindung.

Telefilem ini juga diselitkan dengan adegan sinis dan memperlihatkan Mamat yang dikatakan menyidir orang yang suka ponteng berpuasa,menurutnya, jalan cerita tersebut dicipta untuk memberi kesedaran kepada umat Islam yang mencari alasan untuk tidak berpuasa di bulan Ramadan.

Bagaimanapun, Mamat meluahkan perasaan kecewanya apabila 16 Puasa “bocor” di internet hingga dijual dalam bentuk DVD, tetapi beliau berbangga kerana telefilem itu mendapat sambutan daripada penonton.

Pada 19 Oktober 2017, Mamat menjalani penggambaran filem Hantu Kak Limah, kesinambungan daripada dua siri filem Hantu Kak Limah. Filem ini masih mengekalkan barisan pelakon asal termasuk Awie dengan penambahan pelakon baru termasuk Zul Ariffin dan Uqasha Senrose. Mamat mengakui perubahan pada filem ini tidak akan disedari penonton kerana dikaburi jenaka.

Dalam temuramah bersama Astro Gempak pada November 2017, Mamat mengakui bersedih atas kehilangan tiga pelakon penting dalam siri filem Hantu Kak Limah—Zami Ismail, Azwan Annuar dan Man Kadir.

“Tanpa kita sedar, tiga pelakon penting filem Hantu Kak Limah telah tiada namun filem ini tetap akan diteruskan dan saya harap ia akan menjadi filem yang paling lawak pernah saya hasilkan.”

Ditayangkan pada 9 Ogos 2018, Hantu Kak Limah 3 menerima ulasan positif dan bercampur-campur daripada pengkritik dan telah meraih kutipan tertinggi sebanyak RM27.5 juta dalam masa 15 hari di seluruh negara, sekaligus menjadikannya sebagai filem dengan kutipan terbanyak di Malaysia.

Mamat dijangka bakal muncul dengan filem terbaru arahannya, Manaf Karaoke, namun tarikh tayangan filem itu masih belum diumumkan.

Hasil karya awal Mamat adalah komedi satira. Beliau dilaporkan menyelitkan kritikan sosial dalam setiap karyanya sekaligus mewujudkan banyak watak yang disifatkan mempunyai kaitan dengan senario politik negara termasuk soal rasuah atau ketidakadilan dalam menjalankan amanah masing-masing. Dalam temubualnya bersama Utusan Malaysia pada 2014, Mamat menyifatkan dirinya sebagai seorang pengarah yang suka menyelitkan satira kehidupan termasuk politik.

Beliau berkata: “Kalau ikutkan, kepala saya ini lebih politikus tapi saya seorang pengarah, bukan ahli politik. Jadi bukan bidang saya untuk cakap pasal hal politik,”

Menurut Pekin Ibrahim, yang sebelum ini muncul dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah beliau mengandaikan Hantu Kak Limah mungkin merupakan yang terakhir: “Saya rasa cerita Hantu Kak Limah kali ini mungkin penutup kepada kisah hantu Kak Limah. Malah, saya menyifatkan filem berkenaan memberi nilai sentimental kepada pengarahnya, Mamat Khalid kerana ia dilakonkan oleh orang-orang yang dekat dengan dirinya. Masakan tidak, arwah Rab Khalid yang turut berlakon dalam filem berkenaan meninggal dunia pada Januari lalu sebelum filem berkenaan sempat ditayangkan,”

Keluarga dan Anak Anak

Beliau berkahwin dengan Hasmah Hassan pada 12 April 1987 dan dikurniakan lima orang anak—Mohd. Khalid Zaffa (lahir 1987), Nor Sara (lahir 1990), Mohd. Khalid Adam (lahir 1994), Mohd. Khalid Amen (lahir 1995) dan Nur Hassanah (lahir 1999).

Isteri Allahyarham,Hasmah Hassan

Pada Jun 2014, Mamat kehilangan hampir RM100,000 apabila tiga lelaki memecah masuk ke rumahnya dan kemudian melarikan diri dengan kenderaan pacuan empat roda.

Beliau hanya menyedari rumah dipecah masuk pada kira-kira jam 6:30 pagi apabila beliau bangun untuk menunaikan solat Subuh. Hasil daripada rakaman CCTV, perompak mengumpil tetingkap untuk masuk ke rumah, kemudian melarikan diri dengan Mitsubishi Triton dan melarikan kamera antik, iPad, PlayStation dan RM500, menjadikan jumlah kerugian kira-kira RM100,000.

Ketika kejadian, Mamat berada di lokasi penggambaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.Isteri beliau, Hasmah Hashim, membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Kampung Rapat pada kira-kira pukul 11 pagi.

Mamat merupakan antara selebriti kelahiran Perak yang menunaikan tanggungjawab mengundi pada pilihan raya umum ke-14, beliau mengundi di pusat mengundi Sekolah Rendah Agama Sungai Rokam dan merupakan kali keempat mengundi bagi kawasan Parlimen Gopeng dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat di sini, beliau mengakui suasana pilihan raya 2018 memberi ilham kepadanya.

Kesihatan dan Kem4tian

Pada 21 April 2017, Mamat telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri, Selangor, selepas mengadu sukar untuk bernafas kira-kira jam 3 pagi selepas pulang minum bersama rakan-rakannya. Beliau dipercayai terlalu keletihan selepas menghadiri majlis tayangan perdana filem Lebuhraya Ke Neraka yang diadakan di pawagam di Bukit Bintang.

Mamat bagaimanapun berada dalam keadaan stabil,namun tetap berada di bawah pemantauan d0ktor berikutan tekanan dar4hnya yang tinggi.

Beliau akhirnya meninggalkan kita pada usia 58 tahun akibat serangan jantung di Hospital Slim River pada jam 12:30 pagi. Beliau dilaporkan rebah di restoran Sarang Art Hub miliknya di Tanjung Malim. Beliau meninggalkan balu, Hasmah Hassan dan lima anak.

Demikian sedikit sebanyak kisah Mamat Khalid..Dan kita bakal merindui jenaka dan karya beliau.Alfatihah.

Sumber : kisahbena

PERHATIAN: Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *