Home / Info Dunia Islam / “InsyaAllah … Solat Jemaah Sekali Bersama Pasangan Anda” Nescaya Lebih Rapat Dan Kurang Bergaduh
“solat-jemaah-sekali-bersama-pasangan-anda”-nescaya-lebih-rapat-dan-kurang-bergaduh

“InsyaAllah … Solat Jemaah Sekali Bersama Pasangan Anda” Nescaya Lebih Rapat Dan Kurang Bergaduh

“Solat Jemaah Sekali Bersama Pasangan Anda” Nescaya Lebih Rapat Dan Kurang Bergaduh,,,

Pagi tadi lepas Solat Jemaah, belum sempat wirid tau2 wife saya dah landing atas riba. Mungkin penat sangat jaga Baby semalam kot. Tak apalah saya pun teruskan wirid dan doa sampai habis.

Lepas doa, saya nak bangun, tapi bila tengok balik muka wife yang keletihan ni, tak sampai hati nak kejut. Maka saya biarkan lah dia tidur kejap.

Tengah duk termenung sambil tenung muka bidadari saya ni, saya terfikir, macamana budak ni boleh jadi baik sangat ya?

Fikir punya fikir, akhirnya saya dapat. Rupanya Jaw4pannya  pada Solat Jemaah. Dulu kami jarang S0lat Jemaah. Masing-masing, kalau tak sependapat kira nak gaduh je. Saya pun Ego jugak, kira nak betul kita je kan.

Tapi bila dah mula berjemaah, cakap apa pun semua boleh cakap baik2. Cakap apa pun semua dia ikut. Rupanya Solat Berjemaah ni memang Power sangat!

Ada beberapa concept yang ramai tak faham dalam rumah tangga. Antara basic nya ialah, lelaki ni dia nak Di ‘HORMATI’. Manakala wanita pula dia nak di ‘SAYANGI’. Apa yang terjadi pada ramai pasangan. Diorang expect dapat benda2 itu dari pasangan mereka dulu.

Maksud nya, kalau u sayang i, i hormat u. Macamtu jugak lah pada lelaki. U hormat i, i sayang u. Sebenarnya, the key is kita kena mula dengan diri kita dulu. Kalau kita lelaki, kita yang mula tunjuk kasih sayang pada Isteri kita dulu, nescaya isteri akan timbul rasa hormat pada suami. Automatic!

Dan yang best nya, benda ni ada dalam ‘SOLAT JEMAAH’. Bila solat jemaah, Automatic Sense of HORMAT pada suami tu akan terbentuk dalam Jiwa Isteri. Sebab suami jadi Imam, apa suami buat semua isteri ikut, patuh dan taat. Bila suami doakan apa2 hajat pun semua isteri amin kan. Maka dua2 ada matlamat yang sama, ada doa yang sama. Senang nak capai Kejayaan & Matlamat kalau sama2 berdoa ni.

The cycle will continue, Bila suami Dihormati, dia Automatic akan rasa bersalah kalau tak mencintai. Isteri bila di Cintai Automatic timbul rasa Hormat. Begitu lah seterusnya kitaran Emosi dalam Perkahwinan, asbab Solat Jemaah.

Jadi, kalau ada pasangan yang asyik2 nak gaduh, asyik2 tak sependapat, asyik2 suami nak marah. Ajak dia solat Jemaah. Susah lah kalau dah solat Jemaah hari2, nak gaduh jugak. Tak percaya cuba dulu 40 hari.

Bila kasih sayang ada dalam rumah, Rahmat Allah tu turun mencurah2. Allah Redha suami isteri yang berkasih sayang. Rezeki melimpah limpah2 Allah turun kan InsyaAllah.

Paling bagus pergi masjid bawak anak2 sekali. Tapi kalau sibuk sangat mulakan di rumah dulu Subuh, Maghrib, Isya. Yela, waktu lain masing2 dah busy dengan urusan masing2 kan. Waktu ni lah nak berkumpul family pun.

Macam kes kami, Alhamdulillah laki bini takyah kerja. So, kami ada plenty of time together.

InsyaAllah itu jela perkongsian harini. Moga bermanfaat selamat beramal. ?

Apa lagi? Ajak hubby solat jom. ?

Sumber: Tuan Afnan Rosli.

PERHATIAN: Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *