Home / Info Viral / Alhamdulillah, impian murni pelawak Atu Zero membeli van untuk kerja pengurusan jen4zah di Kudat, Sabah akhirnya termakbul, Kini Pasang Niat untuk bina masjid pula…
alhamdulillah,-impian-murni-pelawak-atu-zero-membeli-van-untuk-kerja-pengurusan-jen4zah-di-kudat,-sabah-akhirnya-termakbul,-kini-pasang-niat-untuk-bina-masjid-pula…

Alhamdulillah, impian murni pelawak Atu Zero membeli van untuk kerja pengurusan jen4zah di Kudat, Sabah akhirnya termakbul, Kini Pasang Niat untuk bina masjid pula…

Setiap umat Islam sudah tentunya mempunyai impian bagi mengumpul saham akhirat sebanyak yang boleh bagi membuat bekalan di alam yang kekal abadi. Walaupun kelihatannya mudah untuk dilaksanakan, namun tidak semua yang mendapat hidayah untuk melakukannya kerana terdapat sebahagian dari mereka lebih mencintai kehidupan yang sementara berbanding dengan kehidupan yang kekal abadi.

Bagi perkongsian kali ini yang dipetik dari laporan akhbar harian metro, Atu Zero telah berjaya memenuhi impian murninya membeli sebuah van jen4zah bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan jen4zah di sekitar tempat asalnya iaitu di Kudat, Sabah. Beliau seterusnya memasang impian untuk membina masjid. Semoga amalan baik Pelawak terkenal ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan menjadi iktibar atau teladan buat yang lain.

Kuala Lumpur: Impian pelawak Atu Zero membeli van untuk kerja pengurusan jen4zah di Kudat, Sabah akhirnya termakbul.

Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli berkata, dia bagaimanapun belum menghantar van itu kerana perlu menjalani pengubahsuaian seperti dilengkapi tempat mandi jen4zah bagi tujuan pengurusan yang lebih sistematik.

“Saya tak menjangka impian untuk memiliki sebuah van jen4zah menjadi kenyataan. Saya akui gembira walaupun orang kata itu ayat klise.

“Saya amat berterima kasih kepada sahabat yang tidak putus membantu dalam urusan ini. Saya berharap sumbangan kecil ini dapat memberikan ganjaran buat kita semua,”katanya.

Menurut Atu, kos membeli van jen4zah itu adalah RM121,000, tidak termasuk kos pengubahsuaian.

“Saya masih belum tahu berapa kos yang diperlukan lagi untuk ubah suai. Insya-Allah saya akan usahakan dalam waktu terdekat untuk menjayakan misi van jen4zah bagi f4kir m!skin. Saya mahu van jen4zah ini dilengkapi kemudahan memandikan jen4zah termasuk sistem paip yang baik. Saya pernah tengok van bapa mentua Ajak Shiro di Kluang, Johor yang seumpama itu.

“Saya ingin van ini memberi pelbagai kemudahan selepas mengambil kira saiz rumah di perkampungan sekitar Kudat yang kecil selain surau dan masjid jauh dari kawasan penempatan. Saya juga berharap van ini dapat mengatasi masalah pengurusan jen4zah. Mana tahu, selepas ini kami boleh luaskan perkhidmatan di luar daerah Kudat,” katanya.

Dalam masa sama, Atu turut berhasrat untuk meluaskan perkhidmatan misi van jen4zah untuk f4kir m!skin sehingga ke Sarawak.

Tidak hanya itu, Atu turut memasang impian untuk membina sebuah masjid di Kudat.

“Biarlah harta saya tidak banyak di dunia tetapi adalah sedikit bekalan yang boleh saya bawa ke akhirat nanti. Saya mohon doa semua agar impian ini dimakbulkan Allah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Atu kini sedang sibuk mempersiapkan diri di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 bersama kumpulan Boro, bergandingan dengan Fad dan Achey.

Sumber: Harian Metro

Semoga impian Atu yang seterusnya untuk membina masjid turut dikabulkan oleh Allah SWT dan dipermudahkan urusan sebagai bekalan buatnya di akhirat kelak. Allahuakbar.

PERHATIAN: Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *