Home / Masakan / Resepi Nasi Beriani Gam Ayam

Resepi Nasi Beriani Gam Ayam

NASI BERIANI GAM AYAM

Bahan-Bahannya:
1 ekor ayam
1 batang serai – dititik
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan tomato puree/sos tomato
5 sudu makan rempah beriani (kalau suka boleh lebihkan)
1/2 tin susu cair
1 cawan daun pudina – dicincang
1 cawan daun ketumbar – dicincang
sedikit daun sup – dicincang
sedikit daun bawang – dicincang
5 biji tomato – dibelah empat
2 biji cili hijau – dibelah dua
2 biji cili merah – dibelah dua
1/2 kg bawang kecil – dihiris nipis dan dibuat bawang goreng
1 tin kecil minyak sapi

Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
3 biji cili hijau

Cara Memasak:

Masak bahan kisar hingga mendidih.
Masukkan ayam dan semua bahan kecuali bawang goreng dan daun-daun. Masak hingga kuah pekat.
Masukkan daun-daun dan bawang goreng. (Lebih banyak bawang goreng lagi sedap). Masukkan garam secukup rasa.
Bila agak kering rempahnya dan terbit minyak, keluarkan minyaknya sahaja dan ketepikan. (minyak ini akan digunakan untuk nasi)
Pastikan kuah beriani betul-betul kering dan bersalut pada ayam. Angkat dan ketepikan. Jangan cuci periuk.. (Nak digunakan untuk nasi)

Bahan untuk nasi:

1 kg beras basmathi – rendam 1/2 jam
** 2 inci halia, 5 bunga cengkih, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 1 kulit kayu manis, 2 helai daun pandan yg disimpulkan

Air secukupnya untuk mencelur beras – air mesti banyak
Garam secukup rasa
Sedikit air mawar
koma2 (safron) / pewarna kuning
1/2 tin susu cair
Untuk taburan: daun pudina, daun ketumbar, gajus/badam bakar, kismis, bawang goreng

Cara memasak nasi:

Didihkan air bersama bahan bertanda **. Masukkan garam. Ambil sedikit air mendidih untuk merendam koma2 (kalau guna)
Masukkan beras dan rebus hingga 3/4 masak, keluarkan beras dan tapiskan. Buang air rebusan nasi.
Masukkan 1/2 bahagian nasi ke dalam periuk ayam tadi. Susun ayam menutupi nasi, tabur sedikit bawang goreng, daun pudina, daun ketumbar, gajus/badam.
Tutup lapisan ayam dengan 1/2 bahagian nasi lagi. Ratakan, bubuh beberapa ketul ayam lagi.
Tuangkan susu cair, minyak ayam yang diketepikan tadi serta titiskan pewarna kuning, sedikit air mawar dan bahan taburan lagi.
Tutup periuk rapat-rapat. (Hari ni saya tindih tudung periuk dengan cerek yg penuh berisi air sebab malas nak lekatkan dengan bancuhan tepung. Sebelum ni saya tindih dengan lesung batu, tapi nak guna untuk masak lauk pulak kan.. hahaha…). Tanak atas api kecil hingga naik wap dan nasi masak sepenuhnya. Siap.
Kredit : Resepi Sedap

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *