Home / Masakan / Resepi Nasi Ayam

Resepi Nasi Ayam

NASI AYAM

Bahan2 membuatnya:

1 ekor ayam
2 kiub pati ayam
10 cawan air(air secukupnya..kalau suka banyak kuah tambahkan lagi)
dan sedikit garam

Rebus ayam tadi bersama2 bahan2 di atas sehingga ayam empuk…. kemudian asingkan ayam tadi,toskan airnya…. so kita dah dapat air rebusan ayam. Kemudian… kita perapkan ayam pula k… kalau nak lagi sedap… perapkan semalaman…

Bahan2 lain:

Ayam yang telah direbus tadi
*2 batang serai
*sedikit halia
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
(Bahan2 bertanda * dikisar dengan sedikit air)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos barbeque
2 sudu besar kicap
sedikit garam

Cara2 membuatnya:

Gaulkan semua bahan2 di atas bersama2 ayam yang telah direbus tadi…
Perapkan 3-4 jam. nak lagi sedap

Bahan2 membuat nssi:

4 helai daun limau purut
3 batang serai
4cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
*1/2 biji bawang besar
*sedikit halia
*3 ulas bawang putih
(bahan2 bertanda* ditumbuk halus)
2 kuntum bunga lawang
sedikit marjerin/mentega
3 cawan beras (cuci bersih dan ditoskan)
4 1/2 cawan air rebusan ayam
1 paket sup bunjut adabi
sedikit garam

Cara2 membuatnya:

1. Panaskan marjerin di dalam periuk nasi di atas dapur…
2. Tumis bahan2 tumbuk,serai,daun limau purut,kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga garing dan naik bau.
3. Masukkan sup bunjut
4. Masukkan air rebusan ayam.
5. Masukkan beras.
6. Masukkan garam secukupnya
7. Kacau rata dan biarkan mendidih. Kalau nak nasi cantik, masukkan sedikit pewarna kuning.. Tutup api.
8. Kemudian angkat periuk tadi.. “On” kan periuk nasi dan masak seperti biasa.

Bahan2 membuat sup:

Beberapa ketul ayam yang dipotong kecil2
air rebusan ayam secukupnya
1 paket sup bunjut
1 kiub pati ayam
*sebiji bawang besar
*sedikit halia
*3 ulas bawang putih
(bahan2 bertanda * dihiris halus/ditumbuk)
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit kulit kayu manis
sebatang carrot dihiris halus
sedikit daun sup
sedikit daun bawang
garam secukupnya

Cara2 membuatnya:

1. Panaskan sedikit minyak sahaja. Tumiskan bahan rempah,bawang putih,bawang besar,halia dan sup bunjut sehingga garing dan naik bau.
2. Bila dah garing,masukkan ayam.biarkan ayam kecut.
3. Masukkan air rebusan ayam.
4. Masukkan kiub pati ayam.
5. akhir sekali masukkan daun sup,daun bawang dan carrot. Biarkan mendidih dan pastikan ayam dan carrot empuk. Tutup api.

Bahan2 membuat sos cili:

5 tangkai cili hidup
4 ulas bawang putih
sedikit cuka
sedikit gula
sedikit garam
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar air panas

Cara2 membuatnya:

Kisar semua bahan2 di atas.
dah siap sos cili.

kemudian goreng ayam yang kita dah perap tadi… tak payah goreng lama2..
hidangkan bersama2 salad,timun dan tomato.
hiaskan ikut citarasa masing2..
Kredit : Resepi Sedap

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *