Home / Info Viral / Vendor Nekad Boikot Foodpanda

Vendor Nekad Boikot Foodpanda

ISU melibatkan para peniaga atas talian (vendor) Foodpanda memasuki ‘episod’ baharu apabila mereka difahamkan akan melakukan boikot secara besar-besaran pada minggu depan.

Menurut sumber yang memaklumkan tentang perkara itu kepada Majoriti, tindakan berkenaan dilakukan berikutan penindasan syarikat Foodpanda terhadap golongan vendor yang semakin berleluasa.

“Kami cadang mahu melakukan boikot selama satu hari pada minggu depan, berkemungkinan Ahad atau Isnin. Kami nak ajak semua vendor untuk menutup peranti pesanan makanan mereka.

“Sesuatu perlu dilakukan dan pelanggan tidak tahu apa yang berlaku.

“Kami cuba libatkan sama penghantar makanan Foodpanda melalui Persatuan P-Hailing Malaysia, sekiranya mereka turut bersama-sama, impaknya lebih besar,” dedah sumber berkenaan kepada Majoriti pada Jumaat.

Terdahulu, kecoh di Facebook tentang rungutan kebanyakan vendor Foodpanda yang mempertikaikan sistem pembayaran hasil jualan mereka.

Ada peniaga yang mengadu jumlah jualan mereka tidak seimbang dengan apa yang tertera dalam invois bulanan yang diterima daripada Foodpanda, sekali gus mengakibatkan kerugian ratusan ringgit.

Malahan, kebanyakan vendor turut mengecam Foodpanda mengenakan pelbagai caj tersembunyi sehingga menyebabkan segelintir daripada mereka terpaksa berhutang dengan syarikat tersebut.

Berdasarkan respons yang diterima oleh Majoritidaripada pihak Foodpanda pada Khamis, jurucakap mereka tidak dapat mengeluarkan sebarang komen lanjut berhubung isu ini. — Majoriti

Kredit : Azuar Fahmi Mohd Ali

Advertisement

About admin

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *