Home / Info Viral / Duit Peniaga Dakwa Dikebas, Jadi Mangsa Dianiaya Foodpanda

Duit Peniaga Dakwa Dikebas, Jadi Mangsa Dianiaya Foodpanda

PETALING JAYA : Kecoh di media sosial tersebarnya hantaran yang dikongsi ramai mengenai sebuah platform penyedia perkhidmatan makanan Foodpanda yang didakwa menganiaya para peniaga yang berniaga menerusi platform berkenaan.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang individu menggunakan nama Ivan Wong mengenai isu dakwaan melibatkan fi dan kos perubahan yang dikenakan oleh syarikat tersebut diragui oleh para peniaga.

Malah perkongsian tersebut telah mendapat perkongsian hampir 14,000 dan hampir 5,000 tanda suka oleh pengguna media sosial

 

Luahrasa Ivan itu turut senada dengan seorang lagi peniaga menerusi aplikasi penghantaran makanan berkenaan, Azri Akmal.Menurut Azri, caj tersembunyi yang dikenakan adalah karut kerana tidak dimaklumkan oleh pihak berkenaan kenapa dan apa.
“Hidden fees Foodpanda memang karut. Kami tidak ada masalah kalau caj-caj tu kerana servis yang disediakan.
“Masalahnya, Foodpanda tak bagitahu pun kenapa dan apa. Hujung bulan bila kita kira semua, ratus-ratus short (kurang).

“Dah la mark up sampai 40%per item, setiap bulan kena bayar caj servis internet dan peranti, lepas tu ada lagi caj tersembunyi lain. Fuhhh.. memang naik lemak!,” luah Azri lagi.

Menurutnya lagi, orang atasan perkhidmatan berkenaan tak pernah bersua muka sepanjang dia menjadi peniaga dalam perkhidmatan mereka yang mana telah menjadi antara faktor kemarahan ini semakin meluak-luak.

“Kalau aku jumpa memang aku nak sodok invois tu kat muka dia lepas tu tanya ini caj kejadah apa?Bayar batu nisan bakal kubur kau ke?, ” soalnya lagi.

Lebih mengejutkan lagi terdapat dakwaan syarikat penyedia perkhidmatan penghantar makanan ini juga didakwa mencuri duit peniaga.“Kepada FP.. Aku berniaga bukan nak bagi kau duit ya. Sesen pun aku tak halalkan kau kebas duit aku.

“Aku penat hari-hari cari rezeki halal, kau senang nak potong duit aku….Memang tak lama la syarikat kau..melingkup!
“Aniaya vendor-vendor macam aku!,” marah seorang peniaga yang menggunakan nama Rie Ali..

Nampaknya segala masalah yang peniaga diatas sebutkan tadi belum habis.

Perkara yang menakutkan juga telah menimpa seorang peniaga yang mempunyai 4 cawangan restoran dalam aplikasi berkenaan, Charis Ching.

Menurut Charis, dia merasa hairan jumlah kewangan yang memelikkan berlaku kepada dirinya.

“Serius, saya tak boleh tidur malam dan sesak nafas serangan asma selepas menyemak kesemua invois restorannya.

“Pelik.. saya ada 4 cawangan, 2 kena fee dan pengubahan Pandaclick menjadi negatif, manakala 2 lagi cawangan ada set Pandaclick satu amoun bajet tapi kosong tiada caj.

“Saya sangat kecewa dengan Foodpanda, bagaimana anda akan buat tentang perkara ini?
“Boikot ke…tutup peranti? Mari kita buat bersama, kata Charis sambil mengajak lebih ramai menyertai tindakan seterusnya.
Selain Charis, ramai lagi peniaga yang turut meluahkan kekecewaan mereka berhubung perkara yang sama dengannya.
Menurut maklumat yang diterima, ramai peniaga telah memulakan tindakan memboikot Foodpanda dengan menutup menu mahupun peranti dalam tablet yang disediakan.

Sudah pastinya perkara ini akan memberi kesan kepada satu lagi pihak yang mencari rezeki menerusi aplikasi yang sama iaitu para penghantar makanan seterusnya kepada pihak Foodpanda sendiri.

Jika tidak banyak restoran yang dibuka, maka tiada pesanan seterusnya boleh menjejaskan pihak Foodpanda sendiri.

Namun perkara ini dilihat sebagai satu bentuk pengajaran yang dilakukan oleh para peniaga diatas segala dakwaan dan kekecewaan yang berlaku keatas mereka.

Malah ada di kalangan pembeli juga turut sama memberi sokongan dengan mengikuti “Kempen Delete Foodpanda.”

Foodpanda dilihat perlu mencari jalan penyelesaian yang terbaik dengan segera kerana terdapat pilihan syarikat penghantar makanan lain yang kini berusaha untuk memintas kedudukan mereka.

Pihak kerajaan juga harus memandang serius akan masalah yang berlaku ini kerana melibatkan ratusan peniaga dan usahawan tempatan yang didakwa ditindas dan dinafikan hak mereka.

Advertisement

About admin

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *