Home / Masakan / Resepi Roti Manis

Resepi Roti Manis

RESEPI ROTI MANIS

Bahannya :
4 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula (sukatan kurang manis – boleh tambah kalau nak manis)
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar margerin/mentega
1 sudu besar yis
1 biji telur
1 cawan air suam
1 sudu kfc garam(untuk naik rasa lemak)

CARANYA :

Campurkan air suam, gula, susu dan yis, kacau hingga gula hancur.
Masukkan telur dan tepung, uli sebentar.
Masukkan marjerin/mentega dan uli hingga x melekat di tangan & bekas – 15 – 30 minit (tambah tepung jika masih melekat).
Bentukkan bulat dan susun dlm loyang yg telah digris
Biarkan adunan naik (30 minit – 1 jam – lagi lama lg bagus tp jgn sampai terlupa….)
Bakar api atas bawah, suhu dan masa ikut oven masing2 – saya guna suhu bakar biskut aje, 130, 17 minit
Dah masak, keluarkan, cepat2 sapu marjerin/mentega di permukaannya…bg dia awet muda..
Hidang ngan air kopi @ milo,

Kredit : Ani Nain

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *