Home / Masakan / Resepi Mini Pizza Merecik

Resepi Mini Pizza Merecik

MINI PIZZA MERECIK

Bahan Doh :

1kg tepung roti
100gm gula kastor
1 sudu teh garam halus
20gm susu tepung [apa brand pun blh] 1 paket yis kering [11gm] 5gm bread improver
5gm bread softerner
1 biji telur
80gm marjerin/butter
500ml air sejuk dari peti ais

Bahan sampingan :

1 botol kecil sos prego original
10 batang sosej [1 pek] 1 batang carrot – disagat halus
1 biji bawang hollad – dipotong dadu
2 biji cabai besar merah – diracik halus
2 biji cabai hijau besar – diracik halus
1 mangkuk kecil daun bawang – diracik halus
1 mangkuk kecil daun sup – diracik halus
Mayonis secukupnya
Sos cili secukupnya

**Nak senang beli dan guna sayur campur frozen aje.

Cara-caranya :

1. Sosej dicelur sebentar, angkat biarkan sejuk kemudian hiris.
Bancuh Doh :

2. Saya guna Bread Maker (BM) ye, letak air sejuk, marjerin, telur, gula., garam halus. kemudian masukkan tepung, bread improver, bread softerner dan akhir sekali yis kering. Ambil senduk gaul merata.
3. ON bread maker biarkan tepung diuli hingga siap, dapat doh yang kenyal dan cantik.
4. Terus timbang doh 50gm, 60gm buat bulat cantik dan kemas, ikut citarasa biarkan rehat 20 minit.
4.Selepas direhatkan, canaikan doh dengan rolling, ambil sos prego sapu dipermukaan pizza, letak sosej ikut citarasa tekan sedikit, susun atas loyang pembakar yang telah disapu dengan sedikit marjerin, jarakkan dan buat hingga habis.
5. Rehatkan 45 minit, Sebelum bakar tabur bahan sampingan atau sayur frozen dan paipkan sos cili di atasnya.
6. Pastikan oven telah dipanaskan dahulu, bakar 20-25 minit suhu 180 atau hingga masak bergantung oven masing-masing.
7. Sejukkan di atas redai, sebelum dihidangkan paip mayonis dan sos cili di atasnya, sedia dinikmati.

Kredit : Julia Aleen Aireish

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *