Home / Isu Semasa / Kilang Proton Di Pakistan Milik Al-Haj Outomitive Beroperasi Secara Rasmi Hasilkan Saga, Diikuti X70

Kilang Proton Di Pakistan Milik Al-Haj Outomitive Beroperasi Secara Rasmi Hasilkan Saga, Diikuti X70

Proton secara rasminya telah melancarkan kilang pemasangan tempatan (CKD) di Karachi Pakistan, yang dioperasikan oleh rakan kerjasama di negara berkenaan iaitu Al-Haj Automotive. Kilang tersebut dapat direalisasikan menerusi perjanjian yang dipersetujui dan ditandatangani kedua-dua pihak pada Mac 2019 dengan pelaburan awalan bernilai USD30 juta (sekitar RM125 juta).

Model pertama yang keluar dari barisan produksi kilang Al-Haj Automotive tersebut adalah Saga, dan kemudiannya akan diikuti oleh SUV segmen-C X70 sebelum berakhirnya 2021. Proton X70 telah pun dilancarkan di Pakistan pada Disember 2020, begitu juga Saga yang telah rasmi masuk ke pasaran negara tersebut pada April tahun ini.

Sebelum dipasang secara CKD di kilang baharu tersebut, kedua-dua model berkenaan dibekalkan secara CBU yang diimport sepenuhnya dari Malaysia. Al-Haj juga telah mengumumkan harga bagi unit CKD bagi kedua-dua model berkenaan pada Julai lalu yang menyaksikan harganya turun sehingga 100,000 rupee (RM2,422).

Perasmian pembukaan kilang baharu berkenaan dihadiri oleh Presiden Pakistan, Arif Alvi, bersama CEO Al-Haj Automotive Hilal Khan Afridi serta Konsul Jeneral Malaysia di Pakistan, Khairul Nazran.

Al-Haj Automotive turut melantik bekas pengarah produksi dan kualiti Proton Malaysia, Encik Aris Bin Anuar sebagai ketua pengarah pembuatan bagi kilang baharu di Pakistan tersebut.

Menerusi laporan sebelum ini, kilang berkenaan dirancang mampu untuk mengeluarkan sebanyak 25,000 unit kereta setahun, serta dijangka dapat menyediakan 2,000 peluang pekerjaan terus di sana, dan 20,000 lagi pekerjaan secara tidak langsung apabila operasinya berjalan penuh.

Advertisement

About admin

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *