Home / Berita Terkini / [Video]“Su4ra Pun Tak Cam,” Hampir Set4hun Tak Jumpa, Ibu Seb4k Anak Buat Kejut4n
(video)-“su4ra-pun-t4k-cam,”-h4mpir-set4hun-tak-jump4,-ibu-seb4k-anak-buat-kejut4n

[Video]“Su4ra Pun Tak Cam,” Hampir Set4hun Tak Jumpa, Ibu Seb4k Anak Buat Kejut4n

Sekian lama memendam rasa rindu terhadap insan tersayang, akhirnya kita semua sudah dibenarkan untuk merentas negeri dan berjumpa dengan keluarga masing-masing. Pastinya sangat sukar untuk menggambarkan perasaan apabila dapat bertemu semula dengan mereka, gembira dan sedih semuanya bercampur baur.

Situasi itu dapat dilihat menerusi video-video yang dikongsikan oleh warganet sejak minggu lalu. Kebanyakan dari mereka telah membuat kejutan kepada ibu bapa masing-masing.

Salah satu video yang menarik perhatian adalah yang dikongsikan oleh @sufiahnazirah di TikTok tiga hari lalu.

Menerusi video itu, abang sulungnya dilihat telah membuat kejutan untuk ibunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dengan menyamar sebagai pengunjung yang bertanyakan mengenai jam.

Ketika itu, ibunya menjawab pertanyaan tanpa menyedari bahawa itu merupakan abangnya.

Kejutan dari Terengganu

Menurut Sufiah, abangnya yang tinggal di Terengganu telah merancang untuk melakukan kejutan itu kerana sudah hampir setahun tidak bertemu dengan ibunya.

Kami adik beradik semua stay kat Sepang. Except dia sorang je kat Terengganu.

Petang tu buat surprise kat Mak. Kononnya nak pergi KLIA2 sebab nak pergi Celcom kat KLIA2. Mak clueless,” katanya ketika dihubungi SK

Tambahnya, ibunya mungkin tidak perasan bahawa itu abang sulungnya kerana memakai pelitup muka dan cermin mata hitam.

Suara pun tak cam, mungkin sebab pakai mask,” ujarnya.

@sufiahnazirah

Kami adik beradik semua kat Sepang except Alom kat Tganu.. Mak siap tanya x boleh ke kalau g Celcom esok. (sorry video kena manual rotate. Tgh sedih)

♬ original sound – Mal Hamka – Mal Hamka

Namun, apabila pelitup muka dibuka, ibunya terus menangis dan memeluk sayu abangnya

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut merasakan sedih melihat video itu.

Sumber: sufiahnazirah

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *